loading...

Tak Kisahlah Orang Nak Kata Apa... Tapi Bila Baca Kenyataan Fattah Ini, Anda Patut Rasa Malu!

Panas dikecam netizen di media sosial gara-gara Fattah Amin keluarkan buku 99 Kata-Kata #QalifModen, malah ada yang berpendapat buku keluarannya hanya mengambil kesempatan untuk membazirkan wang peminat dan tidak berkualiti. Namun ada segelintir pihak yang masih boleh menerima dengan baik. Jadi untuk adil, pihak MW sempat gali isi hati dari Fattah Amin sendiri, malah dia menjelaskan perkongsian yang dimuatkan di dalam bukunya ikhlas dari hati.

Ok, jom baca lebih jelas...

“Buku ini lahirnya dari hati saya, semuanya dikongsi berdasarkan pengalaman yang saya lalui sebelum menjadi artis, di awal pembabitan saya menjadi artis dan juga sehingga saya berdiri hari ini di dalam industri. 'Collective item atau merchandise' ini saya keluarkan adalah dengan niat berkongsi dengan para peminat yang tidak jemu menyokong saya sehingga hari ini. Perkongsian positif dan ada juga kata-kata hikmat untuk saya share dengan semua dan juga untuk peringatan kepada saya macam mana saya bermula dari bawah dan percaya tiada yang mustahil,” terang Fattah yang kisah bukunya menjadi viral beberapa hari sebelum ini.

Wartawan: Berbaloi ke peminat membeli buku 99 Kata-Kata #QalifModen?

“Untuk pengetahuan semua buku ini sebenarnya adalah Collective item atau merchandise dari saya. Tetapi saya cipta  dalam bentuk buku yg dilampirkan bersama CD Wanita terakhir Original Versi dan versi akustik. Kita sedia maklum telah banyak artis dari korea atau selebriti dari luar negara yang telah membuat produk dalam bentuk buku nota, kalendar, poster dan sebagainya. Harga buku tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan artis luar yang lain. Daripada saya mengeluarkan hanya foto-foto atau diari adalah istimewa kalau saya tambah dengan beberapa kata-kata dari saya yang banyak  menjadi inspirasi pada diri saya sendiri. Buku ini juga saya ingin berkongsi dengan peminat saya yang banyak menyokong dan terdiri dari berlainan peringkat usia. InsyaAllah, rezeki semua datang dari Allah swt. Saya percaya dengan niat yang betul, Allah akan bantu kita. Tidak meletakkan harapan yang begitu tinggi, cuma saya sekadar berkongsi pengalaman bersama mereka yang tidak jemu menyokong karier saya sehingga hari ini. Mereka tulang belakang saya.”

Wartawan: Ok, macam mana Fattah boleh terfikir untuk keluarkan buku seperti ini?

“Saya cuba untuk tidak duduk di bawah kelompok selesa dan selamat, saya suka kan cabaran. Jadi untuk create kelainan, saya sejujurnya tak takut. Penerimaan peminat dan pembaca juga berlainan. Baca dan fahami setiap bait-bait ayat saya, jangan risau kerana penggunaan ayat juga semua simple, cara percakapan harian, sebab saya nak mereka yang membaca dekat dengan saya dan memahami siapa saya sebelum bergelar artis. Saya nak share dengan mereka erti bermimpi dan erti tetapkan dalam diri untuk gapai mimpi tersebut menjadi realiti,” luah Fattah yang terus cuba memberi kelainan dalam industri seni.

Eh eh... betul juga, niat dia nak usaha mencari rezeki, sekurang-kurangnya MENCUBA. Apa pun pandangan anda, terpulang pada diri sendiri. Tetapi seeloknya tak perlulah menghentam sebab dia pun manusia yang cuba berusaha mencari rezeki. Buruk pada mata anda, mungkin tidak di mata orang.

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2lOE5iR via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close