loading...

'Terima kasih sebab 'tolong promote', rezeki makin bertambah & mohon viralkan lagi'


KUALA LUMPUR - Biarpun dikecam netizen kerana mempergunakan kenderaan orang lain tanpa kebenaran untuk mempromosikan perniagaannya, lelaki ini tetap tidak endah dengan kata-kata netizen. 

Firdaus Dazit sebaliknya berterima kasih kepada pihak-pihak berkenaan yang telah membantu mempromosikan dirinya meskipun dari cara yang tidak beretika. 

"Terima kasih sebab tolong promote saya. Makin ramai orang follow Facebook saya dan alhamdulillah rezeki saya berlumba-lumba masuk sejak semalam. Mohon viralkan saya lagi ye," tulisnya di Facebook, semalam. 

Dalam kenyataan yang sama, Firdaus juga turut menegaskan bahawa kereta GTR35 nombor pendaftaran JQY 8888 itu adalah miiknya.

"Itu memang kereta saya ye, boleh buat semakan di JPJ. Tak kuasa nak sewa atau pinjam kereta," katanya. 

Firdaus juga memetik dua nama jutawan kosmetik sebagai contoh bagi menunjukkan bahawa dirinya tidak akan tersungkur hanya kerana dikecam netizen. 

"Dato Aliff Syukri dan Dato Seri Vida, ramai orang benci dan meluat. Tetapi mereka tak endah pun orang nak cakap apa. Tapi Allah berikan rezeki melimpah ruah pada kami. Itulah sifat orang berjaya. 

"Sentiasa maju ke depan tanpa menghiraukan apa orang nak kata. Sebab masa kita susah, tiada siapa nak datang membantu kita. Baik kayakan diri sendiri. 

"Bak kata P Ramlee, rezeki datang dari Allah, bukan datang dari bapak," katanya. 


Terdahulu, Firdaus Dazit yang didakwa mempunyai gelaran 'Dato' itu didapati telah menyalahgunakan gambar beberapa kereta mewah kumpulan nombor pendaftaran 288 milik ejen hartanah FLP. 

Salah seorang pemilik kenderaan tersebut, Kent Lee, tampil menegur tindakan Firdaus dan memintanya membuang semua gambar kereta ahli 288. Malah menasihatkan Firdaus jika dia benar-benar mahu menjana pendapatan lumayan, boleh menghubunginya untuk perkongsian ilmu. 

Bagaimanapun, Kent Lee memaklumkan Firdaus telah menyekat Facebooknya sebelum posting itu dipadamkan. - The Reporter

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close