Umur 24 tahun
tapi aku dah jadi janda. Putih cantik. Ex suami meninggal barah otak.
Kami tiada anak. Tak sampai setahun janda, ada seorang lelaki nak
peristerikan aku. Dia bersungguh nak buat kenduri kecik2 je. Pelik.
Sehingga lah satu hari aku dapat tau yang dia
sebenarnya.................. Sedih
Patut La Bakal Suami BERSUNGGUH Nak Buat Kenduri Kecik Je. Rupa-Rupanya Dia…….. |
Saya pernah berkahwin dan suami saya meninggal akbiat barah otak pada
dua tahun lepas. Saya tidak dikurniakan cahaya mata. Saya berumur 24
tahun dan sekarang sedang menjalin hubungan cinta dengan si A yang
merupakan suami orang.
Saya tak tahu pun A ni suami orang sampai la satu hari, baru dia terus
terang dengan saya, dia dan isteri berjauhan sebab isteri dia staff
nurse di Kuala Lumpur manakala kami di tinggal Perlis.
Kami berkenalan selama 3 bulan sampailah satu malam dia telah melamar
saya. Sampai 2 minggu lagi kami nak kahwin, baru dia buat pengakuan
kepada saya yang dia sebenarnya sudah berkahwin.
Katanya sebab tidak mahu menipu saya sebelum kami kahwi. Patutlah dia
beria nak buat majlis kecil-kecilan sahaja. Patutla dia beriya nak buat
majlis kawin kecil kecilan je, saya pun setuju je sebab dengan status
saya sekarang ini pun, saya tidak kisah sangat, asalkan dia jaga dan
sayang saya sebaiknya.
Hancur hati saya. mengenangkan saya ditipu hidup-hidup selama ni. Kalau
awal-awal saya tahu dia suami orang. milik insan lain dah sebenarnya,
maka tidaklah saya izinkan hati saya rapat dan mencintai dia.
Sekarang ini saya sedang menjauhkan diri dari dia. Segala panggilan dan
mesej dia saya tidak balas. Tapi macam orang gila dia cari saya dan
merayu saya memaafkan dia dan dia masih mahu berkahwin dengan saya. Tapi
saya tak mampu. saya rela hidup sendiri dari saya ambil suami orang,
Biarlah hancur hati saya, asakan saya tak merosakkan kebahagiaan kaum
sejenis saya.
Saya pun bersyukur saya dpt tahu sebelum kami berkahwin dan dari situ
saya dapat menilai siapa si A, dia bukan lelaki yang jujur dan untuk apa
saya nak mempersuamikan lelaki macam tu lagi.
Buat wanita di luar sana, walaupun awak rasa cuma nak menumpang kasih,
bukan suami orang tempatnya. Kalau awak isteri pertama suami awak, baru
awak rasa betapa peritnya dimadukan.
Arwah suami saya dulu selalu pesan kat saya semasa 1 bulan terakhir dia
terlantar sakit kritikal sebab kanser otak, kalau apa-apa jadi kepada
dia, cari seorang lelaki yang sayang awak seperti mana abang sayang
awak. Cari yang jujur dan setia dan yang menjaga hubungan dengan tuhan.
Masih terngiang-ngiang pesanan arwah suami sampai ke hari ini.
Dari situ, terbukti si A bukan lelaki yang setia, bukan yang jujur dan
saya takkan terima dia. Kini sudah hampir 3 bulan saya tak respon
panggilan dia. Setiap minggu tu jugalah dia akan datang cari saya kat
tempat kerja dan setiap kali tu saya beritahu dia saya dah tak sayang
dia. Biarlah dalam hati saya masih sayanggkan dia.
Tapi saya bukan perampas. In shaa Allah, saya dlm proses minta
pertukaran ke negeri lain. Semoga Allah SWT permudahkan jalan saya dan
hadirkan seorang lelaki yang lebih baik sebaik arwah suami saya dulu dan
mungkin ini dugaanNya kepada saya untuk saya dapatkan kebahagian yang
lebih besar pada suatu hari nanti. Sumber: KRT
Blogger Comment
Facebook Comment