Siapa nak anak pintar? Semua mama dan papa mesti angkat tangan kan. Tentu anda tertanya-tanya bagaimana hendak merangsang otak kanan anak. Ada caranya!
Fakta menyatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih pandai, cerdik dan positif. Otak kanan digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory).
Otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri. Papa dan mama disarankan, melakukan rangsangan seawal usia enam bulan. Dengan latihan awal, mudah untuk mendidik kanak-kanak menggunakan otak kanan. Berikut adalah 8 aktiviti untuk merangsang otak kanan si kecil.
1.Tanah liat (Contoh: pelbagai bentuk mudah seperti kucing, ikan, bunga)
2.Origami / lipat kertas (Contoh: lipatan kapal terbang)
3.Menggunting (Contoh: garisan lurus, bengkok, bentuk empat segi, tiga segi atau apa sahaja gambar menarik di surat khabar atau majalah)
4.Masukan manik dalam benang/ tali dalam straw minuman (Contoh: manik bersaiz besar dan kecil)
5. Melukis/ cat air (Contoh: lukis gambar sebelah misalnya gambar bunga hanya sebelah, kemudian minta anak sambung lukisan mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.)
6. Bercerita. (Bina daya imaginasi dengan cara bercerita pendek. Kemudian suruh anak sambung cerita itu).
7. Main teka-teki dengan anak. ( Letak satu barang dalam kotak/ bekas tisu, suruh anak teka barangan tersebut. Teka bentuk atau warna).
8. Kad imbasan (perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan).
Papa dan mama, tak perlu lama sangat buat aktiviti ini sebab bimbang anak akan cepat bosan. Anggaran masa yang disarankan hanya setengah jam. Cubalah! Anda akan nampak perubahan positif si manja.
Blogger Comment
Facebook Comment