loading...

5 Cara Alami Ini Hilangkan Sakit Kepala Ibu Hamil

Masa mengandung, banyak perkara perlu dijaga. Tak boleh ambil ubat sebarangan, tak boleh dekat sangat dengan sinar x-ray. Bila tiba-tiba sakit kepala, selain nak ke klinik ada cara paling mudah yang anda boleh lakukan.

Buat saja di rumah. Dapatkan bantuan suami ketika melakukannya. Sebenarnya, waktu hamil macam inilah anda boleh nak bermanja dengan yang tersayang.

Cari Punca

Kenal pasti punca spesifik sakit kepala. Senaraikan apa yang anda makan dalam masa 24 sebelum alami sakit kepala. Kadangkala monosodium glutamat (MSG), nitrit dan nitrat boleh jadi punca, Misalnya hot dog dan daging burger. Pemanis buatan, kacang beberapa jenis keju atau makanan diperam boleh mengganggu ibu hamil.

Bantuan Tuala Hangat

Letakkan tuala hangat d bahagian dahi. Boleh juga gunakan aroma terapi tertentu yang boleh membuatkan anda tenang dan meredakan sakit kepala.

Mandi Air Sejuk

Ia sebenarnya membantu memberi kelegaan sakit kepala. Tapi jika anda alah dengan kesejukan, boleh percikkan air sejuk pada wajah.

Elak Perut Lapar

Kalau sukar makan,jamahlah biarpun sedikit-sedikit tapi kerap. Kalau sedang lalui perjalanan yang jauh, sediakan makanan ringan seperti biskut, buah-buahan atau yogurt. Elakkan mengambil makanan berasaskan gula atau gula tiruan sebab ia boleh mengganggu gula darah.

Elak Keletihan

Sebab itulah, anda perlu berehat sebentar bagi membolehkan tubuh relaks. Rehat dalam ruang yang tenang dan jauh dari gangguan bunyi bising atau cahaya yang terang.

Kenapa Sakit Kepala?

  1. Berlaku ketika trimester pertama.
  2. Akibat ketegangan lalu menyebabkan rasa ngeri di kedua sisi kepala atau bahagian belakang leher.
  3. Perubahan hormon selama kehamilan. Peningkatan peredaran darah.
  4. Pengambilan kafein
  5. Kurang tidur atau keletihan, alahan, keletihan mata, tekanan, kemurungan, kelaparan, dan dehidrasi.

Selepas Trimester Kedua

  • Ia akan berkurangan dengan sendirinya yang mana hormon ibu menjadi lebih stabil.
  • Ia berbeza dengan migrain, kesakitan itu hanya pada satu bahagian kepala samada sebelah kanan atau kiri. Ia turut disertai dengan gejala lain seperti mual, muntah,m sensitif pada cahaya atau suara.
     

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2macpk6 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close