loading...

Nyahkan Monday Blues, Tukar Persepsi Sebab Rasulullah s.a.w Suka Hari Isnin

Masuk saja hari Isnin, hati mula rasa tak best. Sebab selepas berehat di hujung minggu, rasa mahu sambung saja cuti hari Isnin itu. Paling stress bila tempat kerja pun dah tak seronok macam dulu-dulu.

Lepas itu, perkataan ‘Monday Blues’ pun berlegar-legar di ruang minda. Terbawa-bawa mood santai itu sampai ke pejabat. Persepsi sebegini perlu diubah.

Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata : Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda:”Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku.” (HR Muslim)

Jelas bukan, Isnin sepatutnya jadi hari yang membangkitkan semangat! Jom semak semula cara kerja. Ini panduan yang boleh membantu anda:

Susun Fail

Sebelum berhujung minggu, anda susun fail di atas meja kerja ataupun fail yang ada di desktop. Buang mana yang tidak perlu. Jadi bila masuk kerja hari Isnin, fikiran pun tak serabut.

Baca Al Quran

Sebelum mulakan kerja, apa kata buka satu lembar ayat al-Quran dan baca. Pekerjaan anda juga akan lebih dipermudahkan nanti. Hati pun rasa tenteram dan tidak tertekan. Boleh juga sepanjang bekerja dengarlah muzik-muzik yang menenangkan.

Set Masa Untuk Laman Sosial

Tidak dinafikan laman sosial media menjadi sebahagian dalam kehidupan. Anda akan muat turun foto dan status. Tapi jangan sampai ia ganggu kerja harian anda. Atasinya dengan setkan akses waktu tertentu bagi memeriksa keperluan peribadi.

Betulkan Cara Duduk

Salah duduk atau berdiri rupanya boleh menurunkan produktiviti. Postur yang salah boleh akibatkan beberapa bahagian sendi atau tubuh berasa sakit dan terganggu, jadi otak akan menolak sebarang pekerjaan. Pastikan kedudukan kerusi dan meja bersesuaian dengan posisi badan.

Baju Ikut Aura Warna

Cuba ikut aura warna. Hari Isnin adalah hari istirehat atau pertahanan. Yang mana warna putih adalah warna perangsang kelenjar pinela dan kelenjar pituitary. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan yang hening. Jika anda tidur tak betul, badan akan jadi lemah dan tak bersedia hadapi hari Isnin. Jadi warna putih akan membantu menyerap tenaga yang hilang. Perbanyakkanlah warna-warna putih ketika berpakaian pada hari Isnin.

Jangan Bawa Balik Kerja

Siapkan pekerjaan di pejabat, sebaiknya jangan lakukan ketika di rumah. ia akan mengganggu emosi anda kala menyiapkannya pada hari bercuti. Jadi bila perlu masuk kerja pada hari Isnin, anda akan panas hati.

Makan Di Meja Kerja? No... No... No...

Bersiaplah awal, pergi kerja lebih awal dari biasa dan bersarapanlah dahulu sebelum masuk ke pejabat. Dengan ini anda dapat memulihkan serba sedikit mood yang ‘kelaut' itu.

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2mvEzcI via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close