Terang-terang dalam salinan boarding pass yang korang print mengatakan masa penerbangan. Kalau tertera penerbangan adalah pada pukul 2.50 petang, bermakna paling lambat pun untuk korang tiba di kaunter check-in adalah pada pukul 1.45. Not later than that.

Tapi biasalah, manusia ni mana ada yang sempurna (eceh..) Sedangkan peserta The Amazing Race yang setiap minggu terbang ke negara lain pun pernah mengalami insiden terlepas flight, inikan lagi pelancong yang tak berapa nak tegar macam kita. Don't fret it out, REMAJA senaraikan 5 langkah yang perlu dibuat jika ini berlaku kepada kamu.

1. Jangan panik! Normal bagi seseorang jika perancangannya tak menjadi, mulalah dia jadi tak tentu arah. Lebih-lebih lagi bila kamu diberitahu pintu masuk penerbangan sudah ditutup. Okay, tarik nafas dalam-dalam dan pergi ke kaunter pertanyaan syarikat penerbangan yang korang naiki.



2. Disebabkan terlambat, korang dah tak boleh mencetak boarding pass di kiosk. Tanyakan kepada mereka bagaimana jika korang ingin mencetak boarding pass tanpa perlu memasukkan beg ke dalam kargo. Is that possible?

3. "Maaf cik, tapi cik belum check-in secara online lagi. Jadi, kami tak boleh printkan boarding pass.." Adoii! Okay, perlu ke tak korang mula untuk panik? No, no. Keep calm dan tanyakan kepada akak kaunter bilakah penerbangan yang seterusnya. Tak ada guna kalau korang bertengking mulut di kaunter sebab sah-sah korang juga yang salah kan. Jika penerbangan seterusnya dalam 2-3 jam berikutnya, that is not too bad.



4. Namun, kena ingat mereka pasti mengecaj kamu dengan penalti. Selalunya ada 2 kategori iaitu confirmed seating (penalti RM150 ke atas) atau stand by seating (penalti RM100 ke bawah). Tanya mereka berapa banyak seat yang tinggal. Jika jumlah melebihi 30 seat, kira selamatlah untuk mengambil stand by je.

5. So sekarang nak buat apa? Hehe terpulanglah kepada korang. Kalau yang belum solat tu, tunaikanlah yang wajib. Korang boleh juga menetap di hotel bajet yang terletak di dalam airport. Selalunya mereka mengecaj per hour. Pastikan korang betul-betul tahu pukul berapa seharusnya untuk check-in. Janganlah terlepas lagi penerbangan!

P.S: Kisah ni tak ada kena-mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah tiada....okay aku lah orang tu!


Kredit: http://www.remaja.my