Kenangan Masa Bayi Dalam Kandungan
Inilah masanya untuk mak-ayah simpan kenangan wajah janin masa dalam kandungan. Sesetengah doktor yang prihatin akan berikan mak-ayah gambar janin versi bercetak. Kebiasaannya mereka cuma dibekalkan dengan gambar-gambar yang disimpan dalam CD.Merasai Kebesaran Allah
Waktu disahkan hamil, syukurnya kita pada hadiah Allah ini sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata. Bila dapat tengok muka bayi dalam kandungan, semakin terasa dekat dengan kekuasaanNya. Bertambah kerdil rasa diri ini melihat sifat ar Rahman Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.Nak Tahu Bayi Kita Sihat Atau Sebaliknya
Pemeriksaan rutin mak-mak dah sedia maklum dengan perkembangan kesihatan bayi dalam kandungan. Dengan scan 3D/4D mak-mak boleh tengok dengan lebih detail tentang hal ini; raut wajahnya ikut siapa, pergerakannya macam mana, air ketubannya terlebih atau terkurang, kedudukan tali pusat atau tulang belakangnya sempurna atau bagaimana, degupan jantungnya dan fizikalnya yang comel-comel belaka.Makin Kasih Pada Isteri/Suami
Bila scan bayi, suami kenalah temankan isteri di sebelah. Waktu scan dibuat, suami isteri akan rasa lebih dekat, lebih kasih setiap kali mendengar penerangan doktor tentang anak mereka. Tapi katakan, suami tak dapat nak meneman. Isteri jangan pula merentan, sebaliknya redha dan jalani setiap keputusan imbasan dengan bahagia.Masa Yang Sesuai
Sebaiknya lakukan scan 3D/4D ini masa kandungan dah mencecah 7 bulan ke 8 bulan. Jangan lewat sampai 9 bulan, sebabnya nanti tak nampak keseluruhan keputusan seperti yang diharapkan. Kalau awal sangat pun tak digalakkan. Masa itu, pembentukan bayi dalam kandungan belum sempurna. Bimbang ibu terkejut dan patah hati bila tak dapat lihat sebagaimana yang ibu angan-angankan.Pegang perut mak mengandung 7 bulan. Seronoknya bila dapat rasa gerakan janin ke kiri, ke kanan, atas-bawah. Mak beri salam, "Assalammualaikum sayang..." Lagi laju dia berpusing. Allah... hati mak berdegup bahagia.
Mak dapat rasa, janin dalam perutnya juga merasakan perkara yang sama. Dia mendengar salam ibunya. Dia sambut dengan gerakan bahagia. Rupa-rupanya janin yang duduk di alam rahim pun belajar 3 perkara ini.
Apa Yang Bayi Belajar Masa Dalam Kandungan!
Bayi Boleh Terjemahkan Perasaan
Sejak dalam kandungan, bayi telah mengekspresikan perasaan sebagai contoh ketika melakukan ujian imbasan (scan) bayi anda akan tersenyum. Begitu juga dari segi pemakanan, bayi akan cenderung atau gemarkan makanan yang ibunya makan ketika dirinya berada di dalam kandungan.Pemakanan ini akan mempengaruhi rasanya ketika dilahir kelak. Oleh itu, jagalah pemakanan kerana andalah yang menentukan apa makanan yang anak anda gemari.
Bayi Kenal Suara Ibu Sejak Dalam Rahim
Anda salah jika beranggapan bayi mula mempelajari bahasa atau bunyi setelah dilahirkan. Sebaliknya dari dalam kandungan, bayi sudah mula mengenal bahasa di sekelilingnya. Jika tidak, bagaimana dia terasa begitu akrab dengan ibunya sebaik sahaja dilahirkan kerana dia telah mula mengenali suara ibu sejak di dalam perut.Bayi Pun Belajar Bertutur
Pada trimester terakhir, mekanisma otak dan pendengaran telah berhubung dengansebaiknya. Oleh itu, berikan ruang buat janin mempelajari sesuatu seperti mendengarkan dia muzik dan memberi kata-kata positif buatnya. Anda perlu sentiasa bercakap dengan bayi yang anda kerana mereka mendengar apa yang anda katakan.Baca di website
Blogger Comment
Facebook Comment