loading...

Anak Sakit Tapi Mak Tak Boleh Cuti, Tip Ini Bantu Anda Tebus Rasa Bersalah!

Hari nie anak nombor dua mengadu badan panas dan rasa tidak selesa. Terus mak ambil termometer, sukat suhu. Tengok-tengok dah mencecah 38.5'Celsius. Terus bagi ubat demam yang ada dalam peti ais. Namun, apakan daya, hari ni mak tak boleh ambil cuti sebab kerja di pejabat bertimbun-timbun. Nak tak nak, anak kena hantar ke rumah pengasuh.

Situasi ini mungkin kerap di alami oleh mak-mak yang bekerja. Ingin ambil cuti tapi faktor kesibukan menyebabkan mak-mak terpaksa meletakkan anak di bawah pengasuh atau taska untuk dijaga. Hanya telefon dalam masa tertentu menjadi penghubung untuk memantau keadaan anak.

Sedih, sayu dan rasa bersalah sebab terpaksa tinggalkan anak tanpa mak-mak yang jaga. Kerja memang kenalah kerja tetapi janganlah sampai anak demam atau sakit terpaksa serahkan kepada pengasuh atau taska. Inilah masanya untuk mak-mak dekati anak-anak dengan jaga kerenah sepanjang anak tidak sihat.

Walau bagaimanapun, untuk mengurangkan rasa kegusaran dan bersalah, ada cara yang boleh mak-mak lakukan semasa anak tidak sihat. Cuba cara ini:

Minta Bantuan Orang Terdekat

Sudah tentu kerja yang banyak di pejabat membuatkan mak-mak tidak dapat cuti kecemasan. Jadi, mintalah orang yang dipercayai, sudah tentu pengasuh atau pusat taska (jika jauh dari keluarga). Tetapi jika tinggal berdekatan dengan ibu bapa, mintalah mereka menjaga buat sementara waktu ketika mak-mak pergi bekerja.

Minta Pelepasan Daripada Ketua

Kerja memanglah penting, tempat anak mencari rezeki tetapi anak lagi penting. Tidak salah kiranya anda berunding dengan ketua mengatakan masalah yang dihadapi. Jika bos memahami, sudah tentu kerja menjadi senang.

Bincang Dengan Suami

Bukan semua tanggungjawab rumah tangga di bahu mak-mak. Ada kalanya, mak perlukan bantuan orang lain atau lebih dekat lagi, suami. Cubalah bincang bersama suami agar mendapat keputusan terbaik. Jika mak tak dapat cuti, mintalah bantuan suami suapaya dia cuti untuk menjaga anak, esoknya mak pula yang cuti.

Anak Lebih Penting

Sebagai ibu bekerja, mak perlu buat skala yang lagi penting. Mak datang ke pejabat dan selesaikan tugas yang paling penting dulu. Selebihnya, mak boleh selesaikan keesokan harinya. Jadi selesai kerja, mak boleh minta keizinan bos untuk balik awal, temani anak yang sakit.

Guna Cuti Tahunan

Sesetengah mak-mak gunakan cuti tahunan untuk bercuti. Tetapi, jika berlaku keadaan perkara sedemikian, inilah masanya untuk mak-mak gunakan cuti tahunan yang diberikan oleh syarikat. Dengan adanya lebihan cuti, maka boleh gunakan tanpa perlu risau.


 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2mKhgJ3 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close