loading...

Cirit-Birit Waktu 8 Bulan, Awas Nyawa Anak Dalam Perut!

Setiap ibu hamil mengalami pelbagai masalah kesihatan, kadang kala kita tidak terfikir masalah remeh mampu membahayakan bayi di dalam perut. Sebagai contoh masalah cirit-birit. Hanya berpunca daripada masalah tersilap makan seperti yang dialami oleh saya memakan makanan yang pedas, saya alami cirit birit yang agak teruk.

Selain lemah badan, saya yang ketika itu sedang hamil 32 minggu turut alami kontraksi beberapa jam lamanya. Sudahnya saya terpaksa ditahan di hospital kerana doktor bimbang saya mengalami dehidrasi dan membahayakan nyawa bayi dalam kandungan.

Sebenarnya selagi anda sihat, badan mempunyai banyak kaedah pertahanan semula jadi yang dapat melindungi bayi. Walaupun ibu hamil mengalami masalah cirit-birit dan muntah-muntah, kemungkinan besar ia tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan.

Bagaimanapun kehilangan tenaga dan air dalam badan akibat cirit-birit dan muntah-muntah mungkin akan menjejaskan kesihatan ibu sendiri. Oleh itu beberapa langkah rawatan awal mesti dilakukan seperti berikut:

1. BANYAKKAN REHAT

Biasanya bila kena cirit-birit, kita akan letih dan lesu akibat kehilangan banyak tenaga. Maklumlah kena keluar masuk tandas banyak kali. Jadi pastikan anda banyak berehat untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.

2. MINUM BANYAK AIR

Minum banyak air atau mengambil cecair jernih sebanyak yang boleh. Sekiranya sukar mengekalkan cecair dalam badan, minum sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman atau boleh mencuba jus atau sup.

3. KERAP MAKAN

Walaupun sakit perut dan cirit-birit, anda mesti makan. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Cuba makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.

4. RAWAT SISTEM PENCERNAAN

Minum minuman yogurt atau minuman yang mengandungi probiotik setiap hari untuk membantu memulihkan sistem pencernaan anda.

5. ELAKKAN AMBIL SEMBARANGAN UBAT

Jangan mengambil sebarangan ubat untuk masalah cirit-birit. Pastikan anda sudah memeriksa terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi.

6. SEGERA JUMPA DOKTOR

Berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami dehidrasi teruk dan demam.


 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2nljE9C via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close