Dulu saya hanya ada RM5 aje dalam poket seluar. Nak makan pun sekat-sekat. Tapi saya berusaha biarpun saya tak faham selok belok perniagaan masa tu. Alhamdulilllah, Allah beri rezeki sampai saya boleh buka lima kedai emas. Hari ini, dengan rezeki yang Allah berikan, saya nak kongsi dengan orang ramai yang baru nak memulakan perniagaan.
“Letaklah apa saja produk anda dan saya tolong jualkan. Jangan bimbang pasal sewa kedai, saya bayarkan. Gaji pekerja pun saya bayarkan termasuk api air. Yang penting anda nak berniaga dan pekerja saya uruskan. Kedai saya ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Kedai ini boleh memuatkan lebih kurang 100 item, satu orang dua item saja. Sapa cepat dia dapat. Asal jangan barang basah sudah sebab nanti kedai berbau,” kata Uzi.
Memang jarang nak jumpa brader macam ini. Ada niat nak ubah nasib orang lain biarpun dia sudah hidup senang. Tapi prinsipnya mudah, kalau dia tidak bersedekah begini, tak mungkin Allah sentiasa memberinya rezeki semurah ini.
Kisah anak muda dari Tanah Merah, Kelantan ini mungkin boleh kita kongsikan sedikit. Nama brader ini Mohd Uzi bin Che Hussin, umur 36 tahun.
Nampak simple tetapi seperti katanya, miskin pemikiran adalah miskin seteruk-teruk miskin dan biarpun cuma bersekolah setakat darjah enam kerana mak ayah tak mampu, dia bangkit membuktikan, dia boleh berjaya.
“Dari Tanah Merah, Kelantan saya berhijrah ke ibu kota. Saya tak tahu nak buat kerja apa, kerja kontrak sudah, kerja buruh apatah lagi. Kata orang, asal halal. Sampaikan satu ketika saya ambil upah edarkan kad pinjaman yang ah long biasa tampal-tampal tepi jalan tu. Upah pun tak banyak tapi saya fikir itu kerja halal saya boleh buat.
“Kemudian saya saja-saja tulis nama saya di kad itu. Sambil saya edar kad pinjaman tu, saya selitkan juga kad nama saya. Saya tulis saya jual emas sedangkan saya cuma dapat gaji hari-hari. Tak tahu kenapa saya suka-suka tulis pasal emas.
“Ramai yang telefon nak beli emas. Sampaikan saya beri macam-macam alasan, jauh tak boleh nak jumpa, stok tak ada dan sebagainya. Saya takut kerana saya memang zero ketika tu tetapi masa yang sama, saya nampak peluang. Kemudian, ada orang ajar saya tentang ilmu emas. Duit gaji saya simpan sikit-sikit sampailah saya berjaya buka kedai emas sendiri. Dari satu membuka ke dua dan seterusnya.
“Miskin pemikiran adalah tahap kemiskinan paling teruk. Kalau kita miskin harta, kita masih boleh gali dan cari asal kita rajin berusaha menggunakan tulang empat kerat tetapi kalau miskin pemikiran, sampai bila-bilalah hidup akan susah dan tak senang-senang. Ini prinsip yang saya pegang. Alhamdulillah, saya berjaya.
Hari ini, dia sudah ada lima kedai emas, dua di Sabah, satu di Kuantan, satu di Shah Alam dan satu lagi di Puncak Alam. Itu belum lagi masuk bisnes barunya, jual gold bar dan produk kesihatan seperti Secret Aqua, SR 9 dan Sweet Swetener atas nama RBS Network & Uzi Gold Sdn Bhd. Alhamdulillah, rezekinya sentiasa dimurahkan dan sebab itulah dia nak bagi balik kepada orang ramai dengan cara ini.
Jadi, sapa yang nak memulakan perniagaan, janganlah la pula yang sudah berjaya ya kerana kita harus beri peluang kepada orang lain yang sama-sama hendak mencari rezeki, bolehlah contack brader Uzi ini di facebooknya:- SR-9 Trade Net Selangor.
from Peristiwa http://ift.tt/2miy1uH via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment