loading...

Perut Makin Besar,Tidur Malam Semakin Tidak Lena. Mama Boleh Cuba Lakukan 5 Perkara ini!

Bila perut makin membesar memang sukar untuk mama dapatkan tidur yang lena. Rasa serba tidak kena semuanya. Jangan biarkan masalah ini hingga boleh mengganggu kandungan. Mama perlu tidur serta rehat yang cukup. Terutama untuk mama yang bekerja. Sekiranya malam tidak tidur lena esok awal pagi perlu bangun untuk kerja. Jadi semestinya ia tidak baik untuk kesihatan mama. Jadi cuba cara ini ya untuk mama dapatkan tidur yang lena.  

 

1. Elakkan pengambilan kafein seperti teh, kopi dan coklat selepas jam 4.00 petang.

 

2. Hindari pengambilan makanan berat menghampiri waktu tidur.

 

3. Ambil segelas susu panas dua atau tiga jam sebelum tidur bagi mengelakkan anda lapar pada waktu tengah malam.

 

4. Jangan minum air terlalu banyak menghampiri waktu tidur. Kurangkan juga pengambilan makanan yang berbentuk cecair seperti sup, bubur dan lain-lain. Ini bagi mengelakkan anda kerap bangun untuk membuang air kecil pada waktu malam.

 

5. Letakkan bantal kecil di bawah perut ketika tidur mengiring bagi menyokong bahagian perut dan pada masa yang sama mengelakkan sakit belakang. Selain itu, kepit bantal peluk atau bantal biasa di antara kaki dan tidur mengiring ke kiri atau kanan bagi mengurangkan sakit belakang.

Layari laman web

from Kehamilan http://ift.tt/2nlmBrN via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close