loading...

Kenali 7 Tanda Fetal Distress

Fetal distress merupakan satu situasi di mana janin mengalami tekanan dan seterusnya menyebabkan dia lemas kerana kurang mendapat bekalan oksigen ketika anda sedang sakit bersalin sehingga boleh mengancam nyawa bayi. Untuk menyelamatkan bayi tersebut, pembedahan ceasarean harus dilakukan segera.   

Selain bekalan oksigen yang tidak mencukupi, fetal distress juga boleh berlaku kerana pelbagai sebab. Antaranya ialah;

• Saiz janin kecil daripada kebiasaan.

• Kontraksi berlaku terlalu cepat.

• Terlebih hari (overdue).

• Ibu menghidap diabetes.

• Ibu mengalami praeklampsia atau darah tinggi.

• Kehamilan kembar .

• Ibu berusia 35 tahun ke atas.

 

Tanda fetal distress

Pergerakan bayi kurang

Sekiranya ibu dapat merasakan bayi kurang bergerak, ibu perlu segera merujuk kepada dotor. Ada kalanya bayi tidur di dalam rahim sehingga menyebabkan kurang pergerakan. Tetapi, jika pergerakannya berbeza daripada biasa, anda perlu berjumpa doktor untuk memastikan dia tidak berada dalam situasi yang bahaya.  

Pergerakan bayi biasanya mantap sekitar 28 minggu. Jika anda berasa pergerakan bayi berkurangan atau terhenti, dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Doktor perlu melakukan ujian bukan tekanan (NST), di mana dua buah alat pengikat pinggang diletakkan pada perut anda untuk mengukur kadar jantung bayi dan kontraksi.

 

Pendarahan ketika hamil

Keadaan ini juga merupakan salah satu penyebab gangguan bekalan oksigen kepada bayi kerana pendarahan ketika hamil menyebabkan kerosakan uri seperti yang berlaku pada accidental hemorrhage.

 

Toxemia

Rangkaian penyakit yang  terdiri daripada tekanan darah tinggi, kencing yang mengandungi protein dan bengkak kaki atau edema turut menjadi penyebab gangguan bekalan oksigen kepada bayi.

 

Lilitan tali pusat

Tali pusat terlilit pada sekeliling leher bayi khususnya lilitan yang banyak boleh menyebabkan  juga boleh menyebabkan keadaan fetal distress. Ia juga boleh menyebabkan bayi lemas ketika bersalin. Bagaimana pun, ia boleh dikesan dengan ujian imbasan.                                     

 

Cephalo pelvic disproportion (CPD)

 Keadaan yang berpotensi menimbulkan situasi bayi lemas sekiranya ibu mempunyai rongga punggung yang sempit iaitu cephalo pelvic disproportion (CPD). Ibu yang mempunyai ketinggian kurang dari lima kaki mempunyai risiko ini.

 

Punggung ibu leper

Kadangkala bentuk rongga punggung si ibu yang tidak bulat tetapi leper juga menyebabkan bayi lemas. Adakala kepala bayi memasuki rongga punggung dalam keadaan senget dan ini menyebabkan proses bersalin memakan tempoh yang panjang dan akhirnya bayi lemas.

 

Pintu rahim tidak terbuka

Pintu rahim yang tidak mahu terbuka ketika bersalin dan berterusan juga penyebab bayi lemas.


 

Layari laman web

from Kehamilan http://ift.tt/2nle3kN via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close