Pengeluar kad jimat tenaga/ ajaib mendakwa mampu menjimatkan kos tenaga dgn pelbagai cara. Gunakan di pam minyak, anda mampu menjimatkan minyak. Letak di kotak fius – boleh menjimatkan bil elektrik di rumah katanya. Keraguan tentang kad ajaib ini datang bukan sahaja dari sudut kejuruteraan, bahkan ianya datang dari sudut strategi pemasaran mereka yg berkonsepkan MLM.
Dalam fizik, apa-apa jenis kerja memerlukan sumber tenaga. Komuter KTM memerlukan sumber tenaga untuk bergerak. Telefon bimbit memerlukan sumber tenaga untuk kekal berfungsi. Begitu juga dgn proses pemendekan molekul, ianya juga memerlukan tenaga. Lebih berat & rumit suatu kerja itu, maka lebih tinggi jumlah tenaga yg diperlukan. Jadi dari mana datangnya sumber tenaga kad jimat ajaib tersebut? Memendekkan molekul minyak petrol secara berterusan bukanlah satu kerja yg kecil dan ianya memerlukan tenaga yg cukup banyak.
Kad ajaib mendakwa mampu memancarkan caj ion negative & Far Infrared (FIR). FiR ialah sejenis gelombang elektromagnetik dgn jarak gelombang antara 35-350 mikrometer. FiR boleh didapati di dalam cahaya matahari, namun tanpa sebarang sumber tenaga baik dari bateri mahupun inductor – ianya tak akan dapat dipancarkan dari mana-mana objek. Selain itu, tiada alat yg boleh menyimpan gelombang elektromagnetik ini.
Gambar 1: Mentol FiR [sumber: sciencetech-inc.com]
Memang benar terdapat laporan tentang kesan positif yang dilaporkan berkenaan penggunaan terapi FIR untuk mengurangkan kesakitan dan sebagainya. Tetapi semua FIR ini dipancarkan dari ALAT pemancar bukan sekeping kad plastik.
Untuk penafian rasmi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kad jimat minyak, sila tekan pautan berikut:
[Kejuruteraan Mekanikal]
Ukuran suatu penjimatan minyak disebut sebagai specific fuel consumption (SFC), dan ianya berkadar terus dengan pengaliran minyak (i) dan berkadar songsang dengan brake power yang diperlukan (ii). Jika dilihat dari sudut pembakaran enjin, beberapa faktor dianggap penting didalam pengaliran minyak itu sendiri, iaitu:
- kecekapan pembakar (burner efficiency-fuel atomization, saiz geometri burner, etc)
- sifat termokimia sesuatu minyak (specific heat, viscosity, cetane number, etc)
- nilai pemanasan minyak (heating value)
- perubahan suhu sewaktu proses pembakaran (heat addition process)
Apabila disebut penguraian saiz molekul minyak, ianya lebih kepada faktor kedua hingga keempat. Kita boleh ambil contoh RON95 dan RON97. Oleh kerana kandungan octane berubah, maka sifat termokimia dan heating value sesuatu minyak juga berubah. Semakin tinggi heating value, semakin kurang kadar keperluan pengaliran minyak tersebut (dgn syarat brake power required yang sama).
Heating value (calorific value) adalah kandungan tenaga yang terbebas dalam pembakaran yang lengkap dengan oksigen. Ia boleh diekpresikan dalam bentuk mass atau isipadu sesuatu minyak. Heating value untuk setiap minyak bergantung kepada fasa bahan yang bertindak balas dalam proses pembakaran (samada minyak dlm cecair atau gas), fasa produk pembakaran (air dalam bentuk cecair atau gas), dan keadaan pembakaran itu berlaku sama ada tekanan tetap atau isipadu tetap (isobaric atau isochoric heat addition).
Persoalannya, kenapa perlu menguraikan molekul minyak? Sedangkan, pembakaran enjin memerlukan heating value minyak yang tinggi supaya lebih banyak tenaga haba yang dibebaskan untuk setiap isipadu minyak. Ini dapat dilihat dari struktur molekularnya; iaitu komposisi atomnya dan bonding nya. Dari situ kita boleh anggarkan tenaga (enthalpy) yang terkandung sewaktu proses pembakaran.
[Kejuruteraan Elektrikal]
Kad ajaib mendakwa mampu menstabilkan elektrik apabila di letakkan dalam kotak fius. Di Malaysia, arus elektrik yg melalui kotak fius adalah arus ulang-alik (50Hz ±1%) [1] dan bersifat “harmonik”(tidak stabil pada arus kecil). Namun, kadar arus yg melalui litar didalam kotak fius kebiasaannya adalah tinggi (40-60 Amp) [2]. Justeru, dakwaan penstabilan arus elektrik berkenaan tertolak.
Gambar 2: Contoh litar suis bagi perkakas di rumah
Perhatikan kadar arus pada kotak fius. Amat tidak masuk akal jika arus setinggi 6 Ampere boleh diganggu isyarat dari luar!
Penjimatan elektrik hanya akan berlaku jika arus yg melalui litar tersebut di kurangkan. Arus yg tidak mencukupi akan menjadikan peranti/ peralatan elektrik di dalam rumah TIDAK BOLEH DIGUNAKAN. Contoh yg baik ialah “generator” di pasar malam. Lampu akan berkelipan bilamana arus yg dibekalkan tidak mencukupi. Faktor lain seperti ‘transient instability’ (gangguan kestabilan arus dari litar converter) juga turut mempengaruhi. [3]
Ketiga, apakah sekeping kad mampu memberi sebarang kesan pengurangan arus yang melalui suis utama ini walaupun sebanyak 1%? Jawapannya adalah mustahil kerana walaupun secara “ajaibnya” arus berkurang sedikit, ini hanya bermakna anda menggunakan peralatan elektrik yang menggunakan hanya sedikit tenaga.
Bayangkan anda dalam kereta ketika musim hujan lebat dan kereta lama (Perodua Kancil contohnya) sudah tidak dihidupkan selama 5 hari. Anda akan perasan sejurus selepas menghidupkan enjin kereta, jika anda cuba membuka penyaman udara, enjin kereta anda akan “semput”. Ini adalah kerana pada ketika itu arus elektrik yang diperlukan oleh penyaman udara masih tidak dapat ditampung oleh penjanaan elektrik dari penjana dalam kereta yang masih belum mencapai suhu yang optimum.
Cuba tutup semula penyaman udara tersebut. Anda akan dapati “semput” tersebut sudah hilang, bukan? Ini adalah kerana pembekalan tenaga elektrik untuk komponen lain dalam kereta seperti lampu isyarat dan lain-lain mencukupi pada masa itu.
Penggunaan tenaga anda bergantung pada kadar kuasa bagi setiap peralatan tersebut. Jika anda mendapati penggunaan elektrik anda berkurangan, tahniah, anda telah mengurangkan penggunaan alat elektrik anda. Itu sahaja. Tiada kad ajaib yang terlibat dalam proses penjimatan tersebut.
Keempat, adalah mustahil untuk sekeping kad (yg tiada sebarang litar elektronik/bateri) menghasilkan gelombang interferens (gangguan) yg mencukupi pada litar kotak fius. Kad RFID yg digunakan untuk “clock-in” semasa masuk kerja mendapat sumber tenaga melalui tenaga induktif yg dihasilkan oleh card reader. Isyarat yg dihasilkan sangatlah lemah dan ianya tidak akan dapat mempengaruhi arus elektrik tersebut. [4]
Kelima, kalaupun kad tersebut berjaya menghasilkan sebarang isyarat elektromagnetik untuk menghasilkan interferens pada wayar/litar kotak fius anda (gangguan) seperti yang disebut pada poin keempat, dan BERJAYA, mustahil sebarang penjimatan dapat berlaku. Ini adalah kerana peralatan anda tetap akan menggunakan kuasa yang sama. Jom lihat laporan tenaga yang dihasilkan dari tahun 1990-2013 oleh Suruhanjaya Tenaga [5]
Kalau anda perasan, generator TNB (atau lain-lain) tidak semestinya menghasilkan kuasa yang sama sepanjang tahun, tetapi kipas, peti sejuk, penyaman udara, charger tetap beroperasi seperti biasa bukan? Maka di sini kita dapat fahami, “kestabilan” yang dimaksudkan bila kita menggunakan peralatan elektrik adalah berdasarkan prinsip “Kalau terlebih tenaga, takpa. Kalau tak cukup, alat tak berfungsi”.
Rujukan:
from Root of Science http://ift.tt/2naH5Gs via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment