loading...

Menghadapi Anak Cerewet Makan Memang Mencabar. Cuba Buat 7 Tip Ini

"Ayden mari makan. Mama dah masak sedap ni!"

"Tak nak makan...tak nak..."

Aduh memang pening kepala mama kalau anak cerewet makan. Ia sangat menguji kesabaran. Penat memasak tidak hilang apabila si manja enggan membuka mulut merasa masakan yang disediakan.

Kadang kala kita terfikir bagaimana anak sekecil usia setahun lebih sudah pandai memilih makanan apa yang hendak dimakan. Sebenarnya ia bermula daripada didikan awal di rumah.

Ibu bapa perlu menetapkan undang-undang makan sejak anak mula belajar makan makanan pejal. Ketegasan diperlukan untuk mendidik anak-anak membesar sebagai anak yang tidak cerewet bab makan. Ini peraturan yang perlu diajar pada anak. Barulah mereka tak jadi cerewet makan.

1. Pentingnya menetapkan masa makan yang konsisten setiap masa.

2. Pastikan semua ahli keluarga makan bersama setiap kali waktu makan.

3. Jika anak enggan makan pada waktu makan, anda perlu tegas memberitahunya selepas ini tidak ada makanan jika dia terasa lapar.

4. Elakkan gangguan televisyen atau alat permainan ketika waktu makan. Kadangkala ada ibu bapa yang memang mendidik anak sejak usia bayi makan sambil menonton Youtube di 'handphone', televisyen atau bermain . Alasannya supaya anak mudah makan. Kesannya apabila besar, mereka tidak mahu makan kerana asyik meliihat 'handphone'.

5. Libatkan anak-anak dalam proses penyediaan makanan bermula daripada membeli bahan, menyediakan dan memasak. Barulah mereka seronok nak makan.

6. Tanya anak soalan seperti “Hari ini nak makan ayam ke ikan?” berbanding “Hari ini nak makan apa?”. Ia lebih memberi kesan teruja kepada anak untuk menjamah makanan yang dimasak nanti.

7. Jika anak enggan makan sayur, ceritakan satu watak kartun yang hebat kerana makan sayur. Dengan melihat kehebatan kartun tersebut disebabkan makan sayur, anak-anak kecil akan terpengaruh untuk makan sayur juga.

Semuanya terletak kepada cara pujukan ibu bapa melatih anak mereka membesar sebagai anak yang tidak cerewet makan. Jika anak tak suka makan sayur, periksa diri adakah anda sendiri makan sayur atau tidak? Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak jadi pastikan kita menjadi cermin yang terbaik buat mereka.

 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2nlsOmJ via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close