loading...

Segera Cari 'Jalan' Damai.. Bila Fitrahnya Suami Cakap Ikut Logik, Isteri Fikir Ikut Emosi

Dari kaca mata isteri, suami lebih kasar bercakap berbanding dirinya. Namun kebiasaannya, suami tidak sedar yang kata-katanya kasar untuk dihadam oleh isteri. Sebenarnya, suami bercakap lebih didominasi oleh akal dan logik.

Sebab itulah, isteri yang fikirannya didominasi hati dan emosi amat mudah tersinggung dan sakit hati dengan kata-kata suami.

Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, menjelaskan:

"Lazimnya secara berpasangan, suami yang bercakap dengan cara lelaki akan membuatkan isteri mudah terasa hati. Sebaliknya, bila isteri bercakap cara wanita, suami mudah sakit kepala.

"Oleh itu berbalik kepada  pesanan Rasulullah SAW, yang mengingatkan orang lelaki agar bercakap lemah lembut dan romantik dengan isterinya.

Suami Fahamkan Ini

  • Bercakap biasa pada lelaki, biasanya mudah disalah ertikan kasar atau menyakitkan hati bagi wanita. Malah, kadangkala suami bercakap biasa pun boleh difahami sebagai kasar dan dikaitkan sebagai tanda tidak lagi menyayangi, oleh isterinya.
  • Suami yang dihargai dan dihormati oleh isteri bukanlah suami di kalangan lelaki biasa. Tetapi lelaki yang memahami cara percakapan wanita.

Isteri Kena Tahu

  • Isteri pula, perlu memahami fitrah suami yang bercakap sebegitu (kasar), agar tidaklah selalu menjeruk rasa dan terasa hati dengan salah faham sebegitu.

Sebab Itu Suami Isteri

  • Tidak dinafikan kesannya memang mudah berlaku salah faham di kalangan suami dan isteri. Tidak hairanlah ramai pasangan bergaduh kerana salah faham dengan apa yang tidak dimaksudkan oleh pasangan.
  • Walhal tiada niatpun di hatinya mahu menyakitkan hati, atau pun memeningkan kepala anda.

Sepatutnya Suami Bercakap Dengan Nada Di Bawah:

  1. Bercakap dengan emosi isteri, bukannya akal dan logik.
  2. Biasakan guna kata-kata manis dan romantik, tetapi harus diingat jangan sesekali hipokrit.
  3. 3. Sentiasa hargai dan sebut kebaikan serta kelebihannya, insyallah lebih mudah bila kita perlu menegur kelemahannya.
  4. 4. Elakkan mempersendakan kelebihannya seperti kekuatan emosi dan spiritual, kecantikan dan sebagainya.
  5. 5. Elakkan kita nak menang dengan cara kita, atau pun mengharapkan isteri mengalah dengan kehendak kita. Tetapi dengan kita mengalah ikut kehendaknya, selepas itu mudah dia mengikuti kata-kata kita.

Dengan kerjasama: Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, Timbalan Dekan HEP, Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM
 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2nE4VqX via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close