Apa Kita Perlu Buat Kalau Kereta Masuk Lepas Banjir Teruk .. Sila Ikuti Tips Penting Ini Untuk Elak Kerugian Lebih Besar!!
Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah
yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui
apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir
yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda
lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir.
1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan
kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta,
2. Jangan cuba hidupkan enjin kereta. Tindakan ini biasanya akan
menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi
untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin
kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik
enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan
sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan
berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti.
3. Kos untuk sebuah kotak komputer bergantung kepada jenis kereta, cc
dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua
sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin
kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal
tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos
yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk
mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear
apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear
tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan
baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear
terpaksa diganti. Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita
membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita
mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana
apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat
berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan
rosak.
4. Apabila sampai ke bengkel, baraikan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.
5. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair.
Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga
minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak
terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik
telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh
dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear
belum diperiksa.
6. Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin
akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia
berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi
warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear,
jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang
tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih
atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga
7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak
gear.
Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos
cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa
peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).
SUMBER
loading...
Home / Info
/ Apa Kita Perlu Buat Kalau Kereta Masuk Lepas Banjir Teruk .. Sila Ikuti Tips Penting Ini Untuk Elak Kerugian Lebih Besar!!
loading...
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment