Inilah RAHSIA Di Bilik Hotel Yang Pekerja Hotel Tak Akan Beritahu Anda Jangan TERKEJUT Sebab Di Situlah Ada....
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Dalam Bilik
Fox
News telah mendedahkan rahsia sebuah hotel pada tahun 2007 melalui
sebuah kamera tersembunyi yang dipasang di sebuah hotel mewah yang
merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.Selalunya gelas
yang berada di bilik anda akan disembur dengan pencuci tingkap dan
dilapkan dengan tuala kotor. Maka pilihan terbaik adalah dengan bawa
cawan plastik dari rumah ataupun cuci dulu gelas dan cawan dengan air
panas sehingga diyakini bersih baru la guna gelas tersebut.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Seorang
pekerja hotel memberitahu satu rahsia pelik mengenai cerek air dalam
satu temubual majalah Saloon. Cerek air dalam bilik hotel sebenarnya
kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai. Menurut pekerja
tersebut, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk
mengambil k*nd*m tersebut.Rutin harian beliau adalah buang benda
tersebut kemudian sembur pencuci. Selepas itu beliau akan bilas dengan
air panas dan ulang jika terdapat lekit cecair dalam cerek air itu.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Setiap
kali anda berada di dalam bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab
tak kiralah betapa canggihnya atau mewahnya sistem keselamatan pintu
anda, ia tidak lah se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan
sistem kad elektronik sangat senang untuk dibuka. Tidak kiralah samaada
oleh orang luar ataupun staff hotel itu sendiri.Jadi anda perlukan
sendal anda walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif
menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik anda.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika
anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman.
Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di
kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun
serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit
selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.Kalau itu belum membuatkan
anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel,
Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka
melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidik, staff hotel
mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor
untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ? Kerana ada mayat seorang
wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang
digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Tingkap
di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di
bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala
Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai
kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar
di tingkap hotel.
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Blogger Comment
Facebook Comment