Gambar Hiasan - Zakimi |
Cuba Sogok Doktor, Apa Tindakan Aku
Sepasang suami isteri datang menemui aku. Sambil berpegangan tangan ala-ala kekasih romantis sangat menyapa aku, "Doc kenal saya lagi? Haritu ada datang jumpa doc."
"Puan siapa ye? Saya tak ingat puan," jawab aku sambil menggaru-garu kepala.
"Ala
doc, saya ni yang kena pukul kat suami," si isteri cuba nak yakinkan
aku. Si suami sebelah hanya memperagakan muka ala sembab padu. "Oh ya!
Puan yang kena pukul kat suami dengan spanar kereta tu ya," balas aku
sambil beri senyuman sinis. "Ah ha doc. Saya la tu. Ini suami saya,"
sambil si isteri menunjukkan jari ke arah suaminya.
"Dah baik ke luka kat muka puan tu?" Pertanyaan aku bersahaja.
"Mmmm... Ok dah kot." Balas si isteri.
Si
isteri cuba membuka satu persoalan, "Begini doc. Haritu doc ada buat
medical report pasal kecederaan saya dipukul suami. Boleh tak doc tarik
balik report tu? Sebab suami saya sekarang kena hadir perbicaraan kes
tu."
"Eh!
Tak boleh puan. Itu laporan pemeriksaan saya keatas puan sebagai
pesakit saya. Kalu saya tarik, itu dah menyalahi etika saya sebagai
seorang doktor." Balas aku.
"Kesian
suami saya doc. Nanti masuk penjara. Ginilah doc, kami sanggup bayar
doc." Ayat-ayat cuba nak merasuah aku ni. "Ok. Jadi, berapa nak bayar
saya ni?" Soalan dari aku yang akan cuba memerangkap mereka.
"200 ringgit cukup tak doc?"
"Mana cukup. Kalu nak bayar, saya mintak RM 3.8 juta. Ok tak?"
"Eh melampaunya sampai 3.8 juta. Nape banyak sangat doc nak."
"Ye
laa. Nanti saya terima duit rasuah ni saya kena buang kerja dan masuk
jail. Sapa nak bagi makan anak bini saya. Kalu dah keluar jail saya kena
ulang alik ke mekah. Kena tobat banyak-banyak depan ka'bah. Almaklumlah
dosa kan rasuah ni. Cukup kot 3.8 juta untuk semua tu." Sepasang suami
isteri tersebut berlalu pergi dengan serta merta. Haha.
Itulah,
masa bergaduh laki bini tak ingat dosa dan undang-undang. Masa
baik-baik, bukan main romantis sangat mengalahkan cerita Fattah Amin dan
Neelofa. Aku juga nak disogok, nak ditarik ke nereka. Owh tidak!
"Dan
janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di
antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan
harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan
(atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,
padahal kamu mengetahui (salahnya)." Al-Baqarah: 188
Blogger Comment
Facebook Comment