loading...

Minta Gaji Sampai RM6,500 Pastu Pishang Takde Keje


gaji-tinggi

Permintaan gaji yang tidak realistik seperti meminta dibayar gaji sebanyak RM6,500 apabila memohon pekerjaan pertama ialah sebab utama graduan baru tidak diambil bekerja.
Ini merupakan kenyataan yang menurut kaji selidik oleh laman web Jobstreet.com bulan lepas.
Dalam kaji selidik itu, majikan ditanya mengapa sukar bagi graduan baharu diambil bekerja dan 68 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka meminta gaji yang tidak realistik.
Hampir 30 peratus daripada graduan baru telah meminta gaji yang tinggi sehingga RM6,500 sebulan untuk hidup selesa.

Ini antara sebab utama mengapa graduan baharu tidak diambil bekerja.
1) Meminta gaji yang tidak realistik
2) Lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris
3) Terlalu memilih kerja atau syarikat
4) Kelemahan kemahiran komunikasi, perwatakan, sikap dan personaliti

Beliau berkata, faktor-faktor yang mendorong graduan baharu meminta gaji yang tidak realistik ialah bantuan kewangan daripada ibu bapa mendedahkan mereka kepada gaya hidup mewah semasa kehidupan sebagai pelajar dan ibu bapa tidak lagi memberi bantuan apabila mereka mula bekerja.
Ini kenyataan dari wakil JobStreet:

“Sesetengah daripada pelajar sekarang sudahpun memiliki kereta sendiri sebelum mula bekerja. Satu lagi sebab ialah kos sara hidup yang tinggi,” kata beliau.

“Panduan ini sangat berguna untuk majikan serta graduan baharu. Gaji sebenar untuk pelbagai jawatan, adalah berbeza berdasarkan faktor seperti permintaan dan penawaran di pasaran, gred akademik, pampasan dan faedah polisi syarikat-syarikat yang mengambil pekerja,” – Bernama

appeared first on PenMerah.com.

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close