loading...

Graviola Merawat Kanser Seribu Kali Lebih Baik Dari Kemoterapi?

Image result for Graviola

Graviola (Annona muricata), atau lebih dikenali sebagai durian belanda, sirsak, guanabana atau soursop adalah buah tempatan yang mula mendapat perhatian mutakhir ini. Graviola mendapat tempat dan permintaan setempat bukan hanya kerana rasanya yang enak dan menyegarkan untuk dimakan begitu saja dan dibuat jus, ianya juga dikatakan bermanfaat tinggi untuk kesihatan. Daunnya juga dijadikan teh untuk ubatan secara tradisi.

Graviola dan kanser

Banyak kajian in vitro (pada sel-sel dalam makmal) dan in vivo (pada binatang makmal seperti mencit dan tikus) menunjukkan ekstrak-ekstrak dari buah, daun dan bahagian pokok adalah poten untuk mematikan sel-sel dan tisu kanser tersebut. Kajian ini telah dilakukan sejak puluhan tahun yang lepas.
acetogenin
Beberapa kompaun poten ini telah dipencilkan dan dikaji ciri-cirinya dengan terperinci. Antara kompaun-kompaun tersebut adalah kompaun dari kelas acetogenins contohnya annonacin, annonin, bullatacin, uvericin dan isoquinoline seperti annonamine.

Namun, mengapakah tiada kompaun-kompaun aktif ini muncul sebagai salah satu dalam regimen rawatan kanser?
Ini mendorong pelbagai teori konspirasi bahawa kaedah rawatan dari tumbuhan ini dirahsiakan kerana boleh menutup nilai ringgit yang diperoleh dari rawatan sedia ada (rawatan baru lebih mahal dari rawatan sedia ada yang telah tamat tempoh paten). Ada juga yang menyatakan kompaun tumbuhan tidak boleh dipaten dan tidak akan menyumbang tenggorok ‘big pharma’ yang lapar wang ringgit (banyak kompaun dari tumbuhan yang telah disintesis dan dipaten). Sumber rawatan tradisional kita tiada nilai bagi barat (tumbuhan ini bukan native Asia, dibawa dari Afrika, Amerika Selatan dan Carribean). Andaian-andaian ini adalah tidak benar dan tidak berasas.
soursop-fruit
Graviola dan bahaya neurotoksisiti.

Acetogenins dari buah dan daun serta bahagian-bahagian graviola seperti annonacin mempunyai nilai sitotoksik yang bagus. Hanya beberapa nanomolar kepekatannya mampu mematikan sel. Ini disebabkan sebahagian besar acetogenins dan isoquinolins ini berkebolehan untuk merencat rantaian respiratori kompleks I pada mitokondria. Ini akan menghalang keupayaan sel untuk menghasilkan tenaga dari respirasi sekaligus memaksa sel tersebut untuk mati.
substantia-nigra-b
Acetogenins dan isoquinolins ini juga mampu merentas otak dan mengganggu (merosakkan) neuron-neuron (able to cross blood brain barrier) kerana sifatnya yang lipofilik. Kompaun-kompaun ini juga mampu menambat pada reseptor serotonin dan telah dikaji untuk menghasilkan kesan antidepresi. Masalahnya, kesan kerosakan neuron dopaminergik (neuron penghasil neuropemancar dopamin) adalah nyata.
Segala kesan ini dilihat dengan kepekatan kompaun tersebut pada aras nano- ke mikromolar (kepekatan yang sangat rendah). Malah masalah ini bukan saja dikesan melalui ujian tabung uji dan haiwan di makmal.
parkinson
Ada banyak kajian tentang korelasi insiden atipikal penyakit Parkinson dan Alzheimer dikesan di kelompok komuniti yang tinggi pengambilan graviola dalam diet mereka. Kajian lanjut menunjukkan pengurangan ketara neuron-neuron penghasil dopamin dalam otak mereka.
Menariknya, kaedah pengambilan graviola ini meliputi pengambilan buah secara mentah atau teh daun graviola dengan kaedah rendaman dalam air panas.

Adakah produk berasaskan graviola selamat?

Berhati-hatilah apabila anda disua dengan pelbagai produk jualan yang berasaskan graviola ini. Walaupun diberitakan ia mempunyai kelebihan-kelebihan yang menarik, malang sekali kelebihan itu sebenarnya akan mengakibatkan kesan sampingan yang teruk secara senyap (siapa yang perasan neuron otaknya berkurangan, kan?).
Sesekali meminum jus graviola atau memakannya sebagai kudapan tidak mengapa. Tetapi mengambilnya secara berkala setiap hari atau setiap minggu mengundang bahaya!

Rujukan
Rottscholl R, Haegele M, Jainsch B, Xu H, et al. Chronic consumption of Annona muricata juice triggers and aggravates cerebral tau phosphorylation in wild-type and MAPT transgenic mice. J. Neurochem. 2016. 139: 624–639. doi:10.1111/jnc.13835
Potts LF, Luzzio FA, Smith SC, Hetman M, Champy P, Litvan I. Annonacin in Asimina triloba fruit: implication for neurotoxicity. Neurotoxicology. 2012 Jan;33(1):53-8. doi:10.1016/j.neuro.2011.10.009. Epub 2011 Nov 23.
Neela B, Alexander GS, Soursop (Annona muricata L.): Composition, Nutritional Value, Medicinal Uses, and Toxicology. In: Ronald Ross Watson and Victor R. Preedy, editors, Bioactive Foods in Promoting Health. Oxford: Academic Press, 2009, pp. 621-643.
Lannuzel A, Ruberg M. and Michel PP. Atypical parkinsonism in the Caribbean island of Guadeloupe: Etiological role of the mitochondrial complex I inhibitor annonacin. Mov. Disord. 2008. 23: 2122–2128. doi:10.1002/mds.22300
Lannuzel A, Höglinger GU, Champy P, Michel PP, Hirsch EC, Ruberg M. Is atypical parkinsonism in the Caribbean caused by the consumption of Annonacae? J Neural Transm Suppl. 2006;(70):153-7.
Lannuzel A, Michel PP, Höglinger GU, Champy P, Jousset A, Medja F, Lombès A, Darios F, Gleye C, Laurens A, Hocquemiller R, Hirsch EC, Ruberg M. The mitochondrial complex I inhibitor annonacin is toxic to mesencephalic dopaminergic neurons by impairment of energy metabolism. Neuroscience. 2003;121(2):287-96.
Hasrat JA, De Bruyne T, De Backer JP, Vauquelin G, Vlietinck AJ. Isoquinoline derivatives isolated from the fruit of Annona muricata as 5-HTergic 5-HT1A receptor agonists in rats: unexploited antidepressive (lead) products. J Pharm Pharmacol. 1997 Nov;49(11):1145-9.




from Root of Science 
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close