Seorang lelaki berumur 21, ditemui mati di tepi jalan di Persiaran Dutamas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kiaramas, Kuala Lumpur dipercayai diserang sawan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 12.12 tengah hari yang melaporkan menemui mayat lelaki.
Setibanya anggota bertugas ditempat kejadian mereka mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya ditutup dengan kain oleh orang awam.
Punca dan hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diserang sawan.
Menurut munusamy lelaki itu yang menetap di Segambut Dalam, mempunyai rekod penyakit berkenaan sejak empat tahun lalu dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat sudah dibawa ke HKl untuk bedah siasat.
Kredit: PenMerah
Blogger Comment
Facebook Comment