PENNSYLVANIA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang bayi perempuan mati kelaparan selepas ibu bapanya maut akibat pengambilan dadah heroin secara berlebihan, lapor Daily Mail.
Jason Chambers, 27 dan teman wanitanya, chelsea Cardaro, 19, serta bayi perempuan, Summer, 5 bulan ditemui mati di kediaman mereka di Kernville, Khamis lalu.
Koroner Jeffrey Lees berkata, pasangan itu telah mati hampir seminggu apabila mayat mereka ditemui pada Khamis. Laporan autopsi mengesahkan, bayi mereka mati selepas beberapa hari kemudian akibat dehidrasi dan kelaparan.
Chambers ditemui di ruang tamu di bawah, manakala Cardaro ditemui di bilik mandu tingkat atas, sementara itu bayi mereka ditemui dalam katil bayi, juga ditingkat atas.
Pasangan berkenaan mati dalam beberapa minit antara satu sama lain selepas mereka gagal meminta bantuan. Ujian toksikologi masih dijalankan dan dijangka siap dalam enam atau lapan minggu kemudian.
Pihak berkuasa berkata, meskipun dakwaan pasangan berkenaan mati akibat pengambilan dadah secara berlebihan belum disahkan, namun dadah ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu jiran berhampiran tidak mengetahui kejadian itu dan menyangka keluarga berkenaan ke luar bandar kerana mereka tidak kelihatan semenjak 11 Disember.
Pada 14 Disember, Cardaro memuat naik gambar bersama pasangannya di laman sosial dengan kapsyen, 'The one and only my love of my life'.
Kredit - The Reporter
Kredit - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment