loading...

Treler Terbalik Sebab Elak Lembaga Hitam?

treler
Treler yang dipandu oleh lelaki berusia 25 tahun berkata dia mengelak kelibat ‘lembaga hitam’ yang tiba-tiba melintas di hadapan kenderaan yang dipandunya menyebabkan treler tersebut terbabas sebelum terbalik di KM 342.7, LPT2 selepas susur keluar Kuala Dungun kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Dia yang bersama kelindan yang juga adiknya bernasib baik kerana mengalami cedera ringan sahaja.
Menurut pemandu tersebut, dia serta dua treler lain yang sarat dengan muatan bijih besi berkonvoi dari Gua Musang untuk menghantar bahan itu ke Kawasan Industri Gebeng, Kuantan.

Dia yang ketika itu sedang bercakap menggunakan ‘walkie-talkie’ dengan seorang lagi pemandu treler di belakang yang dikenali sebagai Awi berusia 35 tahun manakala adik sedang melihat telefon bimbit.
Apabila tiba di lokasi,dia ternampak lembaga itu melintas dari arah kanan lebuh raya dan dia sempat memaklumkannya kepada Awi sebelum treler terbabas ke kiri jalan katanya pada Harian Metro.
Awi kemudian membantu dia dan adiknya keluar daripada treler tersebut.

Dia turut menjelaskan waktu itu hujan, dia dan adik menumpang dalam treler Awi dan ketika itu tiba-tiba saya ternampak kelibat wanita berdiri di tepi pokok bersebelahan treler saya yang tersadai.
Kelibat wanita itu melambai-lambai ke arah saya dan beberapa kali meminta Awi mengundurkan treler kerana saya mahu merakam gambar itu, namun Awi tak mahu jelasnya.

Kejadian tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub.




Kredit: PenMerah
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close