loading...

10 Cara Bermain Dengan Cahaya

Bermain adalah aktiviti yang mampu merangsang minda si kecil. Bukan sahaja di dalam rumah, tetapi juga di luar rumah. Selain dapat merangsang mindanya si kecil juga mendapat faedah sinaran ultra ungu yang merupakan khasiat penting untuk tubuh badan.

Jom lakukan pelbagai aktiviti untuk anda bermainn di luar sambil mendapat khasiat cahaya matahari.  

1. Kutip daun dan bunga.
Aktiviti mengutip pelbagai daun dan bunga. Setelah itu, kira bilangan yang telah dikutip itu. Sambil berseronok anda dapat mengajar anak tentang nombor.  

2. Melompat
Mari melompat. Dengan tidak memakai kasut, biarkan si kecil anda melompat di atas rumput. Pastikan ia rumput yang selamat dan tidak terdapat objek tajam yang boleh mencederakan kaki si kecil.

3. Cop kaki
Sediakan kertas putih bersaiz besar dan sapukan beberapa jenis pewarna bukan toksik yang berbeza pada tapak kaki si kecil.  Biarkan anak anda berjalan  di atas kertas.  Pasti dia teruja apabila melihat cop kakinya ada pada kertas itu.  

4. Basuhan
Jadi sediakan satu mangkuk yang mengandungi buih mandian (tidak memedihkan mata), kemudian biarkan dia membasuh anak patung atau pakaian patungnya.  Sediakan mangkuk untuk dia mengeringkannya dan biarkan dia menyidai sendiri apa yang dibasuhnya tadi.

5. Tiup buih
Anda tiup buih, si kecil akan mengejarnya ke sana sini. Pastinya dia akan melompat-lompat untuk mengejar dan mendapatkan buih itu. Aktiviti yang sesuai dilakukan di halaman rumah atau di taman pastinya membuatkan si kecil terhibur.

6. Pencarian harta karun
Sediakan hadiah kecil untuk  menjadi ‘buruan’ si kecil, kemudian sembunyikannya. Berikan petanda-petanda di mana hadiah itu disembunyikan. Misalnya, katakan hadiah itu di sebalik pasu bunga atau di celah pokok kecil. Tentunya si kecil teruja untuk mendapatkan hadiah misterinya.

7. Tanam pokok bunga  
Untuk melakukan aktiviti menanam pokok bunga atau sayur-sayuran, ajak anak anda untuk menyediakan pasu atau bekas untuk aktiviti menanam pokok bunga atau sayur-sayuran. Sebelum itu, pastikan anda menyediakan sarung tangan sebelum anak anda mula menyentuh tanah untuk tanam pokok bunga. Bersihkan tangan setelah selesai melakukan aktiviti itu.

8. Segarkan pokok
Belilah bekas untuk menyiram pokok yang menarik untuk anak anda. Pastikan saiz bekas itu tidak terlalu besar. Pasti dia sukakannya apabila menyiram pokok dari satu pasu bunga ke pasu bunga yang lain.

9. Meja kecil
Untuk minum pagi, sediakan meja kecil berhampiran dengan pokok kecil di halaman rumah. Di meja itu anda boleh makan atau membaca bersamanya. Pasti si kecil seronok sambil makan dapat melihat kehijauan pokok-pokok dihalaman rumah. .

10. Baring bersama
Aktiviti ini sesuai dilakukan awal pagi sebelum cahaya matahari memancar. Anda dan si kecil  duduk menghadap hadapan dan bercakaplah dengannya sambil menghirup udara pagi yang segara.
 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2iTE1K8 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close