loading...

Beranak Tepi Tangga, Punyalah Senang Wanita Ini Bersalin!

Siapa sangka... belum sempat sampai hospital, wanita ini boleh bersalin tepi tangga keluarkan bayi comel. Ya, inilah yang berlaku atas kuasa Allah, syukur Alhamdulillah.

 

Wanita ini selamat melahirkan anak lelaki pagi ini di tangga sebuah flat di Kulim Square. Nak dijadikan cerita, suami ibu terbabit pula tiada di rumah pada masa itu.

 

 

Satu kenangan terindah bagi sahabat kita seorang wanita muda yang membantu urusan kelahiran bayi tersebut. Semoga bayi ini menjadi anak yang soleh.

 

 

Cukup teruja dan anda nak tahu petua mudah bersalin hanya 1 kali teran sahaja tanpa perlu dijahit langsung?

 

Orang kata hamil ni best, cuma awal-awal kena tahan alahan jika ada alahan. Tapi kalau tak alah lagi best.

 

Nasib dan pengalaman tak sama, ada yang mudah, dan ada yang susah. Sakit itu memang tak dapat dielakkan. Tapi ibu-ibu jangan risau sebab anda boleh ikut petua mudah bersalin normal.

 

Tolak tepi bab air selusuh atau air akar fatimah ya. Dengan petua ini, tempoh kelahiran pun sekejap sahaja tak sampai 1 jam.

 

Mungkin ada ibu-ibu pernah dengar urutan perineum ni? Pada yang pertama kali dengar dan tak tahu apa itu urutan perineum, anda boleh terus godek rahsia ini.

 

Urutan perineum ini dapat membantu memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran.

 

Gambar dibawah menunjukkan cara-cara bagaimana hendak melakukan urutan perineum.

 

 

Kita digalakkan melakukan urutan perineum ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula dari kandungan berusia 34 minggu sehinggalah ke saat kelahiran. Sebelum memulakan urutan ini, pastikan jari kita betul bersih dan kuku mesti pendek, supaya tidak belaku sebarang luka atau jangkitan. Urutan ini dilakukan dengan menggunakan minyak kepala dara atau minyak zaitun.

 

Cara-cara urutan perineum:

1. Pastikan kuku dipotong pendek dan bersih, cuci dahulu tangan dengan sabun dan bilas hingga bersih.

2. Gunakan minyak kelapa dara (VCO) atau minyak zaitun.

3. Letakkan beberapa titis minyak VCO atau zaitun di atas ibu jari.

4. Duduk dalam keadaan mencangkung atau posisi yang selesa.

5. Masukkan ibu jari dalam 1 inci kedalam vagina dan urut bahagian seperti di gambar di atas sambil menekan kebawah sedikit.

6. Tekan otot perineum kebawah dalam bentuk pusingan U selama beberapa minit.

7. Lakukan setiap hari atau boleh juga selang sehari, insya Allah otot bahagian ini akan menjadi lebih lembut dan elastik serta akan memudahkan baby keluar tanpa koyakan.

 

Haaa... masih takut nak bersalin ke? Ingat, pengalaman bersalin tak sama ya. Moga tip ini bermanfaat buat ibu-ibu muda yang belum pernah ada pengalaman beranak.
 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2jjpfeV via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close