loading...

10 Cara Membantu Menstabilkan Tekanan Darah Tanpa Menggunakan Ubat-Ubatan

Selain menggunakan preskripsi ubat-ubatan, anda juga boleh menggunakan cara alternatif bagi menurunkan tekanan darah. Pelbagai petua tradisional daripada generasi terdahulu juga boleh dicuba.  Namun begitu walau pun ia tradisional dan tidak melibatkan bahan kimia dan dadah, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan doktor sebelum mencuba kerana khuatir ia akan mengganggu perkembangan janin dan kesihatan anda.

1. Ambil jus segar campuran belimbing dan epal hijau pada waktu pagi dan malam.

2.Minum air rendaman cincau sebanyak seliter sehari.

3.Saderi juga boleh menurunkan tekanan darah. Ambil sebagai snek atau ulam. Kisar empat batang saderi dengan sebiji epal hijau untuk dijadikan jus dan minum.

4.Air kelapa dalam kuantiti sederhana (satu hingga dua gelas) setiap hari boleh bertindak meredakan tekanan darah tinggi. Tetapi elakkan air kelapa pada trimester pertama untuk mengelakkan keguguran.

5.Selain saderi, mentimun juga boleh diambil sebagai jus, salad atau ulam tanpa kesan sampingan.

6.Jus ekstrak delima boleh menurunkan tekanan darah. Ambil dalam kuantiti kecil.

7.Madu juga memiliki efek melenturkan pembuluh darah dan membantu mengurangi tekanan darah dari jantung . Minum satu atau dua sudu makan madu semasa perut kosong. Elakkan petua ini jika anda mempunyai diabetes.

8.Makan empat ulas bawang putih secara mentah. Tetapi bagi ibu yang dijadualkan akan melahirkan secara pembedahan atau sedang berada trimester akhir, elakkan mengambil bawang putih berlebihan kerana ia boleh mencegah pembekuan darah.

9.Amalkan memakan satu hingga dua biji pisang sehari. Pisang mengandungi kalium yang boleh meredakan tekanan darah tinggi. Elakkan pisang jika anda mempunyai diabetes.

10.Kismis dan bijirin oat juga boleh dimasukkan dalam menu harian untuk kawalan tekanan darah yang berkesan.

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close