loading...

Tanda Anak Gagap, Kenal Pasti Sebelum Terlambat

Anak anda cakap tersangkut-sangkut dan berulang-ulang? Mungkin si kecil itu ada masalah gagap. Masalah pertuturan ini biasanya berlaku sejak usia dua hingga lima tahun. Gagap adalah berpunca daripada proses pembelajaran adik ketika menyusun perkataan untuk membina ayat. Ia boleh jadi kekal selama tempoh beberapa minggu atau setahun dan kekal sehingga dewasa. Mama dan papa perlu peka kepada perubahan pertuturan si kecil dan bila dia mula gagap dalam percakapannya.

Kajian menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih cenderung untuk gagap berbanding si manja perempuan. Terdapat perbezaan antara gagap biasa dan gagap yang membahayakan si manja.  Mama dan papa perlulah merujuk kepada pakar sekiranya si kecil menunjukkan simptom gagap yang kronik. Petanda gagap yang perlu diberi perhatian ialah seperti :

1.    Si manja cuba memperkatakan sesuatu tetapi gagap sehingga kelihatan bergelut dengan otot wajahnya.

2.    Suara menjadi semakin kuat ketika dia mengulang-ulang perkataan yang gagap disebutnya.

3.    Dalam kes yang lebih teruk, kanak-kanak menunjukkan ketegangan dalam memperkatakan sesuatu dan berputus asa apabila gagal untuk menyebut sesuatu perkataan.

4.    Mengeluarkan bunyi yang aneh untuk memulakan percakapan untuk mengelakkan gagap.

Layari laman web

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close