Sesuai dengan peringkat umur
Bagi si manja berusia lima hingga enam tahun yang sudah mengetahui asas membaca mama dan papa bolehlah membelikan buku yang mempunyai satu atau dua perenggan.
Isi kandungan menarik
Pastikan anda membeli buku yang menarik isi kandungannya untuk si kecil. Mereka menyukai watak-watak yang mudah dikenali, cerita yang menawan hatinya, jalan cerita yang menarik serta mempunyai elemen kejutan.
Ilustrasi menarik
Ilustrasi yang berwarna-warni menjadi kemestian untuk memancing minat adik. Sementara anda membaca bersamanya, si manja akan melihat ilustrasi tersebut dan memahami jalan cerita.
Pelbagaikan subjek
Pelbagaikan jenis buku yang dibeli. Misalnya buku mengenai haiwan, buku berbentuk ensiklopedia, buku berbentuk teknikal misalnya mengenai jenis-jenis jentera dan lain-lain.
Buku aktiviti
Selain daripada buku untuk bacaan, terdapat juga buku yang mengandungi aktiviti. Buku yang mempunyai pelekat, buku yang mempunyai magnet dan sebagainya.
Buku cerita
Mengandungi elemen ritma dan perulangan untuk mengukuhkan kemahiran pembacaan adik.
Tulisan
Pastikan tulisan atau jenis fon buku jelas, tidak terlalu kecil dan mudah dibaca. Ada kala jenis dan saiz fon yang kecil dan sukar dibaca membuatkan adik hilang minat untuk meneruskan pembacaan.
Layari laman web
Blogger Comment
Facebook Comment