loading...

Berbengkung Bukan Sekadar Untuk Cantik Tapi Ada Sebab Lain Lagi Penting Yang Mama Perlu Tahu!

Masa hamil lagi mama sudah siap sedia memilih bengkung yang sesuai untuk di pakai. Sememangnya rawatan bengkung ini terkenal dengan fungsinya untuk mengempiskan perut wanita sebagaimana sebelum melahirkan cahaya mata. Bengkung akan mempercepatkan proses pemulihan bentuk abdomen wanita secara selamat dan semula jadi.

Tahukah anda, jenis-jenis bengkung yang terkenal adalah bengkung barut, bengkung Mia dan bengkung Jawa. Bengkung barut sama rupanya seperti bengkung yang dipakaikan kepada bayi yang baru lahir. Ia mempunyai tali-tali di kiri dan kanan fabrik yang perlu diikatkan bersama dengan ketat. Bengkung Mia pula adalah fabrik gaya korset yang mempunyai ikatan silang pangkah. Akhir sekali, bengkung Jawa iaitu sehelai kain yang lebar dan mempunyai 15 meter panjang. Ia diikat dan dibalut pada bahagian atas badan di hadapan dan belakang berakhir di paras bawah payu dara.

Ada sebab mengapa berbengkung cukup ditekankan dalam amalan perbidanan selepas bersalin. Manfaat-manfaat yang diperoleh setelah menjalani proses berbengkung ini bukan sahaja memberikan impak yang hebat, malah memberikan latihan disiplin kepada para ibu.

  • Meratakan dan mengempiskan perut, mengurangkan berat badan dan menganjalkan tubuh.
  • Melindungi organ dalaman serta membantu mengembalikan organ yang bengkak kepada kedudukan asal.
  • Menguatkan bahagian abdomen dan bahagian-bahagian lain pada tubuh badan yang telah hilang otot setelah proses melahirkan anak.
  • Menjaga postur tubuh yang baik ketika menyusukan bayi.
  • Memecahkan lemak dan selulit.
  • Mengawal diri daripada terlebih makan
Layari laman web

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close