loading...

Papa Dan Mama Jangan Mengamuk Bila Anak Mengamuk. Buruk Kesannya. Cuba Atasinya Dengan Cara Ini!

Anak-anak bila mengamuk secara tiba-tiba memang agak mencabar kesabaran kita sebagai ibu bapa. Namun papa dan mama perlu tahu anak-anak ini tidak akan mengamuk tanpa sebab.  Pasti ada yang tidak kena atau mungkin tidak mendapat apa yang dihajati atau mungkin juga berada dalam persekitaran yang tidak selesa. Sebagai ibu bapa kenalah sentiasa memahami dan peka dengan situasi si kecil .  Sebaiknya perlu di atasi dengan tenang kerana si manja masih terlalu kecil dan perkembangan ototnya masih belum sempurna. Terdapat beberapa cadangan tindakan positif yang boleh membantu untuk mengatasi si manja yang meragam.

Cuba bertenang dan bersabar
Ibu bapa perlu berfikiran positif dan menjadikan situasi ini sebagai peluang untuk mendidik anak tentang disiplin dan kawalan diri. Oleh itu, amat penting bagi ibu bapa untuk mengawal emosi diri dan jangan terikut-ikut dengan perasaan marah atau malu. Sekiranya anda bertindak balas dengan memarahi anak, ini akan mengajar anak untuk melakukan perkara yang sama iaitu apabila seseorang berada dalam keadaan marah, ini boleh ditangani dengan balasan kemarahan. Justeru, tanpa disedari keadaan ini boleh menyumbang kepada tingkah laku yang lebih buruk lagi.

Beri masa si manja memberikan penjelasan
Mulakan dengan meminta penjelasan daripada si manja tentang apa yang dilakukan. Renung matanya dengan perasaan sayang. Tanyalah secara tenang, jelas dan tegas. Berikan masa untuk anak menjawab. Jika dia masih menangis atau ayat-ayat yang dikeluarkan tidak dapat difahami, beritahu kepadanya yang anda akan bercakap semula dengannya apabila dirinya kembali tenang. Tinggalkan dia sementara. Selepas tiga hingga lima minit, cuba bercakap lagi dengannya. Jika masih berkeadaan begitu, tinggalkan semula. Ulangi cara yang sama. Jika keadaan anak agak membahayakan dirinya atau di hadapan khalayak, angkat dan bawa ke tempat yang selamat dan jauh dari orang ramai dan peluklah dia. Minta dia bertenang. Jika si manja masih ingin menjerit-jerit, biarkan dirinya menjerit sepuas hati dan anda akan hanya melepaskannya apabila dia kembali tenang. Tindakan anda ini memberi mesej kepada anak bahawa anda yang mengawal keadaan dan bukan dirinya. Tetapi cabaran kepada anda adalah untuk melakukannya secara konsisten dan penuh kesabaran.

Alihkan perhatiannya
Alihkan fokus si manja kepada perkara lain yang menjadi kegemarannya atau sebaliknya. Contohnya dia inginkan alat mainan baharu. Cuba alihkan perhatiannya kepada keadaan persekitaran. Mungkin mural atau gambar yang terdapat di dinding mahupun gelagat seseorang yang menarik perhatian. Anda boleh bercerita tentang karakter kartun tertentu yang diminatinya.

Peluk dan ingatan sayang
Mengamuk terjadi akibat kawalan emosi anak yang lemah, tidak selesa atau persekitaran yang sesak dengan orang ramai. Jadi, peluklah anak anda dan katakan bahawa anda sayangkannya. Nyatakan kepadanya bahawa sentiasa menunjukkan tingkah laku yang positif dan bersikap baik setiap masa




 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2kMQYJ7 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close