loading...

"Mak bapak tolong ajar anak-anak bersihkan sampah sendiri" Chef Wan

Malaysia antara negara Asia yang terkenal dengan budaya adab dan sopan. Dalam Rukun Negara ke-4 jelas menunjukkan Malaysia mementingkan kesopanan dan kesusilaan.
Namun, bila kita lihat situasi sebenar di Malaysia, tidak semua mementingkan kesopanan.
Baru-baru ini, di laman Instagramnya, selebriti chef terkenal, Chef Wan meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang malas untuk membuang sampah selepas makan dan tindakan tersebut sangat mementingkan diri.

Perangai rakyat Malaysia suka biarkan sampah atas meja

“Saya menonton filem ‘Split’ petang semalam, memang kena split pun kepala otak nak ikut jalan cerita tersebut! Kemudian saya menikmati KFC untuk makan malam.
“Apa yang saya tak faham, saya lihat ramai orang akan meninggalkan sampah di atas meja selepas makan dan mengharapkan orang lain yang akan duduk disitu membersihkannya.
“Belah kiri saya 3 wanita India bersama ibu mereka pun lakukan perkara yang sama. Dah la dengan keadaan restoran yang sangat sibuk. Apa la salah kita menguna kan sedikit sifat timbang rasa untuk saling membantu sesama manusia yg lain. Ini tidak mereka lebih menenting kan diri mereka.

Mak bapak tolong ajar anak-anak bersihkan sampah sendiri

“Servis perkhidmatan restoran berbeza berbanding restoran makanan segera. Pekerja mereka tak banyak untuk lakukan servis meja dalam masa yang sama untuk kurangkan kos. Tapi, ramai diluar sana tidak boleh berfikir atau membezakannya.”
“Jadi ia merupakan ihsan sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersihkan ‘sampah’ sendiri. Mak bapak, jika perlu tolong ajar anak-anak tu ambil dulang sendiri dan buang sampah di dalam tong sampah. Ini tidak setengah Mak bapak pun perangai sama sahaja!

Orang sekarang tak beradab, pentingkan diri & kurang ajar

“Saya perasan orang zaman sekarang tidak beradab, tidak sensitif terhadap orang lain dan bersikap pentingkan diri. Perilaku tersebut sangat mengjengkelkan dan kurang ajar. Masing-masing cuma tahu nak senang kan diri aja tanpa memikir hal orang lain.
“Sesiapa yang berkelakuan sebegini, cuba kalau kena dekat diri sendiri dan anda perlu bersihkan meja sendiri atau keluarga anda, apa rasanya? Kalau tak nak orang buat dekat kita, jangan buat dekat orang lain sama. Susah sangat ke nak faham adat sopan santun kita ini?”
“Sila belajar untuk memupuk rasa tanggungjawab dan berfikiran sivik. Mcaam juga ketandas awam bersih la untuk penguna yang lain. Ini tidak, di taman-taman pun suka tinggalkan sampah sarap. Bila kita bersuara lantang memang org yg termakan lada ini akan berdesing telinga mereka mula la kita di kutuk balik pada hal ini perkara yg benar.”
from HANASUVA 
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close