Menurut laporan The Malay Mail Online, Said Imaddudeen, 29, berkata, urusan perkahwinan lebih mudah dan paling penting perbelanjaan nikah juga tidak begitu mahal, sebab itulah dia memilih gadis Turki.
Majlis kahwin di Turki tidak besar & hanya dihadiri 30 tetamu
Anak jati Kuala Lumpur itu sanggup memenuhi syarat keluarga Ayse Karateke, 21, yang memintanya memiliki rumah sebelum bernikah dan harus menetap di negara itu.
Majlis perkahwinannya pada Ogos 2015 tidak besar dan hanya dihadiri 30 tetamu, tambahnya yang menjelaskan wanita Turki sukar menyesuaikan diri dengan budaya negara suaminya.
Di Malaysia kena keluar banyak belanja kalau nak kahwin
Tambah Said lagi, berbeza dengan kenduri kahwin di Malaysia apabila kita kena tempah katering, dewan bersanding, pelamin dan macam-macam lagi yang makan banyak belanja.
Mula menjejakkan kaki di Turki pada 2008, Said belajar bahasa negara itu pada 2011 sebelum menetap di sana setahun kemudian. Beliau kini menyambung pelajaran Universiti Istanbul.
Pasangan ini mula bertentangan mata sewaktu sama-sama menyertai program di Universiti Bogazici sebelum menjalin hubungan cinta.
from HANASUVA
Blogger Comment
Facebook Comment