loading...

Kaki & tangan pekerja putus digigit buaya


SANDAKAN, SABAH - Seorang lelaki putus kaki kanan dan tangan kanan selepas diserang buaya di taman buaya, Batu 8, semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 1.45 petang Isnin, mangsa berusia 35 tahun dilaporkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan. 

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamim berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pekerja sambilan (kontrak) di taman tersebut. 

Sebelum kejadian itu, mangsa dilihat menuju ke bahagian kolam pertunjukan buaya sambil membawa bangkai ayam sebagai makanan buaya berkenaan. 

Selepas memberi makan, mangsa kemudian menggosok bahagian hidung reptilia itu membuatkan haiwan itu berang lalu menyambar mangsa. 

"Saksi yang berada di tempat kejadian bertindak menghalau buaya tersebut dan akhirnya mangsa dilepaskan daripada gigitan," katanya. 

Mangsa kemudian dikejarkan ke HDOK Sandakan dan siasatan lanjut masih diteruskan berhubung kejadian tersebut. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2lHIsf1 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close