Amboi, konfiden nampak cik kak! Boleh yakin ke suami anda tak cari lain? Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini. Saham ‘suami orang’ lagi tinggi daripada si bujang trang tang tang.
Ramai gadis muda yang lebih suka memilih lelaki yang lebih berusia. Kata mereka, lelaki berusia lebih matang dan lebih memahami. Boleh layan mereka bak puteri raja. Tak macam lelaki muda, asyik cari gaduh saja. Dan yang paling penting, biasanya lelaki berusia ini poketnya sudah tebal. Beza dengan lelaki muda yang baru nak ‘up’, poket nipis. Silap hari bulan mereka yang kena keluar duit belanja Pak We. Si suami pula makin tua makin merenyam. Syok bila tahu saham mereka masih tinggi. Mula pasang strategi nak pasang lagi!
Sebagai isteri, kita kena sentiasa berwaspada jika tak nak berputih mata dan makan hati. Jadi, sila ‘buka mata’ dan selidik signal-signal kecurangan yang dilakukan oleh suami...
1. Marah Tak Tentu Pasal
Dulu, penat macam mana sekali pun, dia rileks saja. Anak-anak memekak dalam rumah pun dia boleh buat selamba. Kita yang memekik satu kampung dengar. Tapi sekarang, anak merengek sikit dah kena tengking. Asyik nak keluar rumah dengan alasan serabut duduk kat rumah sebab anak-anak bising. Hai..anak siapa? Bukan anak dia ke?Bila keluar, kalau kita call dan tanya dia kat mana, konfim kena marah. Mengongkong lah, tak percayakan dia lah, cemburu buta lah. Hakikatnya dia memang enak makan malam dengan kekasih mudanya.
2. Telefon bimbit Ada ‘Password’
Jika dulu, anak-anak buat main pun dia tak kisah. Sekarang siap ada ‘password’ bagai. Sesuatu sangat kan? Baik kamu hati-hati bila suami bersikap macam ni. Seolah-olah ada rahsia di dalam telefon bimbitnya itu.3. Asyik Berkepit Dengan Telefon Bimbit
Jika dulu, dia main letak saja telefonnya merata-rata. Tapi kini, Masuk jamban pun bawa telefon bimbit. Belum lagi bab ber’whatsapp’ sambil tersenyum-senyum seorang diri. Yang peliknya, dengan isteri pula, muka ketat memanjang.
4. Suka Menipu
Lelaki bila suka menipu, pasti ada sesuatu yang tak kena. Konon nak keluar dengan kawan, tup-tup kawan datang ke rumah cari dia. Kata keluar main badminton, tapi pakai baju smart. Selalu kerja hujung minggu sedangkan sebelum ini dia jarang kerja hujung minggu. Mungkin ada ‘projek’ lain yang sedang dirancangnya. Awas ye isteri!5. Kemesraan Mula Hilang
Tak dinafikan, isteri sibuk melayan anak-anak di rumah. Jadi suami mula cari alasan diri terpinggir. Sedangkan sepatutnya mereka harus faham. Jika isteri tak jaga anak, siapa yang nak jaga? Nak harapkan mereka bantu pun payah.Bila sesekali isteri nak bermanja pula, suami kata buang tabiat. Malu anak-anak tengok. Jika dulu ada juga belikan barang atau makanan kesukaan isteri, sekarang bila isteri minta pun tak dilayannya.
6. Terlebih mesra
Ada juga suami yang rasa bersalah pada isteri kerana telah curang dalam diam. Jadi bila bersama isteri, mereka akan melayan isteri dengan baik dan segala kehendak isteri ditunaikan. Itu adalah untuk mengurangkan rasa bersalah. Jadi, wahai isteri. Bila suami macam ini pun kamu kena waspada ya!7. Naluri Isteri
Kadangkala isteri sendiri dapat ‘menghidu’ kecurangan suami walau tanpa sebarang tanda. Inilah antara ‘kehebatan’ seorang isteri. Tak perlu pasang penyiasat untuk siasat pun.Baca di website
Blogger Comment
Facebook Comment