Lagi demam filem dari Indonesia melanda Malaysia. Kali ini giliran filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 (STDY2) pula menghidangkan karya yang sangat baik untuk tontonan rakyat Malaysia. Ohmedia sendiri telah menonton filem ini awal bulan ini ketika majlis pratontonnya di Plaza Indonesia, Jakarta.
Kami merasakan ini adalah sebuah karya adaptasi dari novel yang kelihatan 'simple' sahaja tapi bila plot dan jalan cerita diolah dengan amat baik ditambah pula dengan OST yang sangat sedap, sekaligus ianya memberikan makna yang sangat mendalam kepada sesiapa yang menontonnya.
Jangan hairan kalau orang sebelah atau anda sendiri asyik menyapu air mata di pipi. So standby dengan tisu siap-siap lah dari rumah ye? Hehe!
SYTD2 ini merupakan kesinambungan dari kejayaan filem pertama mereka sebelum ini di mana masih gah dengan rating mencecah 9.1/10 di IMDb.
Trailer & Sinopsis:
Secara umumnya filem yang diadaptasi dari novel karya Asma Nadia, filem yang menceritakan tentang sebuah kisah permasalaan kehidupan rumah tangga diantara pasangan Andika Prasetya (lakonan Fedi Nuril) dan Arini (lakonan Laudya Cyntia Bella) yang mana pada awal perkahwinan mereka berjalan dengan harmoni dan bahagia.
Namun semuanya berubah apabila adanya orang ketiga di dalam hubungan rumah tangganya, yang membuat akhirnya mereka berpisah atas kemelut poligami. Empat tahun kemudian Prasetya, Arini, dan Meirose, mendapat undangan ke Budapest, Itali untuk membuat promosi bukunya.
Arini tidak menduga bahawa di Budapest, dia bertemu dengan Meirose dan Akbar (lakonan Keefe Bazli Ardiansyah). Meirose hidup bersama ayah kandungnya dan memutuskan hubunganya dengan siapa pun di Indonesia.
Meirose juga berniat berniat meminta cerai secara resmi oleh Prasetya. Pertemuan dengan Arini membuat Meirose menjadi ragu dengan pilihan hidupnya. Arini begitu tulus menyayangi dirinya dan Akbar, dan berharap agar Meirose kembali pada Prasetya.
Gambar Sekitar Pratonton SYTD2 di Jakarta
Catatan Krew Semasa Kami Di Jakarta
1 Februari 2016(Waktu Malaysia)
4:20 - Bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
5:00 - Sampai Ke KLIA.
5:45 - Check in di kaunter Garuda Airline.
8:40 - Kapal Terbang Berlepas Ke Seokarno Hatta International Airport (SHIA).
11:00 - Sampai Airport SHIA dan waktu Indonesia 10:00 pagi waktu Indonesia.
(Waktu Indonesia)
10:30 - menaiki kenderaan yang disediakan oleh pihak Antena Entertainment untuk ke Hotel yang telah disediakan.
11:45 - menempuh jem yang teramat sangat akhirnya sampai juga ke Hotel All Seasons Thamrin.
13:00 - Bersiap untuk ke Pratonton Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2.
14:30 - Sampai Plaza Indonesia untuk memulakan sesi media & pendaftaran media.
19:00 - Semua artis sampai untuk sesi Pratonton.
20:30 - Sesi sidang media bermula.
21:00 - Sesi wawancara artis serta sesi bergambar.
22:30 - Majlis bersurai.
22:40 - Krew kami bergerak balik ke hotel.
2 Februari 2016
13:00 - Bersiap untuk ke Lapangan Terbang SHIA.
13:30 - Sampai ke Lapangan Terbang SHIA.
14:40 - Check in masuk.
17:10 - Pengumuman penanguhan jadual perjalanan selama 1 jam 30 minit.
18:40 - Mula naik ke kapal Terbang.
22:25 - Sampai ke KLIA pada jam 10:25 malam waktu Malaysia.
Blogger Comment
Facebook Comment