loading...

Ibu Dah Nyanyuk, Sebab Tak Tahan Adik Beradik Lain Lepas Tangan!

Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak tanpa banyak bicara. Namun, mampukah sepuluh orang anak bersedia menjaga ibu yang sudah uzur? Ada anak-anak yang berebut-rebut mahu menjaga dan memastikan ibu mendapat yang terbaik. Ada pula sebaliknya. Ikuti luahan hati pembaca majalah Mingguan Wanita kali ini. Semoga kisah yang dipaparkan ini menjadi teladan berguna buat pembaca...

Saya sebenarnya bukanlah mahu membuka pekung di dada. Tapi saban hari saya pendamkan perasaan ini. Dari hari ke hari saya semakin tidak dapat membendung tekanannya. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang harmoni. Dan sudah dua puluh tahun mendirikan rumah tangga.

Anak-anak saya juga sudah meningkat remaja. Ada juga yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Buat masa ini cucu saya dijaga sepenuhnya oleh ibunya dan sesekali saja anak saya bawa pulang menjenguk kami di kampung.

Empat tahun yang lalu, ayah saya telah meninggal dunia. Emak yang sebelum ini tinggal dengan ayah berdua saja, tidak lagi dapat menguruskan dirinya sendiri selepas pemergian ayah.

Akhirnya kami adik-beradik sepakat untuk menjaganya secara bergilir. Barangkali tertekan dengan pemergian ayah, emak tak lagi seperti dulu. Dia semakin lupa dan jika datang penyakit nyanyuknya dia akan memarahi sesiapa saja yang ada di sekelilingnya.

Pada awalnya, kami lakukan penjagaan emak secara bergilir. Emak tak boleh duduk lama di satu-satu tempat. Paling tidak seminggu dia di rumah kakak, seminggu di rumah adik, seminggu di rumah adik saya yang lain dan barulah ke rumah saya.

Begitulah aturannya. Namun, setiap kali emak datang ke rumah adik-beradik akan berlaku hal-hal yang menyebabkan rumah tangga mereka jadi bergolak. Barangkali keadaan nyanyuk emak membuatkan kami tidak boleh ke mana-mana melainkan berada di sisinya.

Adik dan kakak mengadu, setiap kali bangun tidur atau terlupa, emak akan menyumpah anak-anak dan sesiapa saja yang dia tidak berkenan. Sumpahannya itu membuatkan adik-adik malah kakak berat hati mahu menjaga dirinya.

Kadangkala keluarga adik boleh bergaduh hanya kerana kedatangan emak. Sampailah satu tahap, adik-adik dan kakak tidak sanggup lagi menjaga emak. Mereka lepas tangan dengan alasan sukar menjaga emak dan segala beban telah diserahkan kepada saya

Berubah angin

Saya sendiri kadangkala berada dalam dilema. Walaupun saya anak perempuan, tapi ada ketikanya suami seakan tidak tahan dengan sikap emak yang suka berubah angin yang tidak tentu waktu. Kadangkala dia menyumpah, kadangkala dia menangis seperti budak kecil. Dan keadaan itu membuatkan anak-anak saya jadi tidak tenang.

Dalam masa yang sama saya juga masih bekerja dan ada ketikanya saya terpaksa juga meninggalkan emak sendirian di rumah. Tapi tidak lama, setiap jam saya akan pulang melihat keadaan emak. Ini kerana tempat kerja saya dekat saja dengan rumah.

Saya maklumkan pada majikan tentang keadaan saya ini. Mujurlah majikan memahami namun, sampai bila saya perlu jadi begini. Kalau diikutkan rasa hati geram juga dengan adik-adik dan kakak yang seolah-olah cuma mereka saja yang ada masalah. Tidakkah mereka fikir saya juga ada masalah yang perlu ditanggung.

Akhir-akhir ini anak-anak saya mula menjauhkan diri. Mereka jarang pulang ke rumah dengan alasan bosan mendengar neneknya yang asyik marah-marah. Saya juga hairan dengan keadaan emak, kerana sewaktu mudanya dia tidak begitu.

Emak juga sering kali terlupa dan akan mengambil benda-benda tajam lalu diletakkan bersebelahan dengannya. Ini kerana dia tidak ingat siapa yang menjaganya. Dia juga tidak ingat anak-anaknya lagi. Kadangkala dia akan berpusing keliling rumah berulang kali tanpa sedikit pun rasa penat. Saya risau andai dia jatuh sakit. Namun, hal itu tidak pernah berlaku. Malah dia sihat, cuma sakit-sakit tua seperti tidak larat atau sakit kaki.

Bila emak marah, saya tak boleh melawan kata-kata emak. Sebab itulah yang emak ajarkan kepada kami. Lama-kelamaan saya memendam perasaan dan ia sedikit sebanyak membuatkan saya tidak sanggup melalui ujian ini.

Adakah emak ada terkenan dengan saka orang lama-lama? Kadangkala perkara itu bermain-main di kepala tapi saya cepat-cepat padamkan kerana tak mahu buruk sangka dengan emak. Saya tahu, kalau melawan emak berdosa hukumnya. Saya juga seorang emak dan nenek, sudah tentu saya memahami keadaan itu.

Apa yang boleh saya lakukan sekarang adalah saya serahkan kepada takdir. Bagaimana saya mahu jelaskan pada adik-beradik yang lain bahawa berdosa jika mereka mengabaikan emak dalam keadaan sekarang. Tidakkah mereka tahu suatu hari nanti mereka juga akan menjadi tua.

Bagaimana pula saya mahu menjadi kuat menghadapi keadaan emak yang tak menentu emosinya? Apakah doa-doa yang boleh saya amalkan agar saya tidak jadi seperti adik-beradik saya yang lain. Harap puan dapat membantu saya.
 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2mHjY3f via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close