Bukan satu yang luar biasa atau menghairankan apabila ibu-ibu yang sedang berpantang mengamalkan pemakanan sup ikan haruan atau yang lebih moden kini pati ikan haruan. Petua tradisional juga banyak menyarankan ibu-ibu selepas bersalin untuk mengamalkan ikan haruan bagi membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran ketika bersalin.
Menerusi satu kajian, ikan haruan mengandungi albumin, iaitu jenis protein yang mempercepat penyembuhan luka. Terdapat kira-kira 60 hingga 70 peratus protein di dalam ikan ini. Kandungan proteinnya juga lebih tinggi daripada sumber protein lain seperti telur, ayam mahupun daging.
Selain itu, ikan haruan mengandungi lemak yang rendah, iaitu kira-kira 20 peratus daripada berat badannya. Ikan ini juga didapati memiliki sifat anti-radang, penahan sakit, anti-bakteria dan penyembuhan luka. Malah menerusi ekstrak haruan dapat menyembuhkan, memulihkan, menahan sakit dan memperbaiki sal untuk pulih semula. Menerusi penyelidikan yang dilakukan di Hospital Royal Perth, Australia mendapati bahawa ekstrak haruan dapat membantu mempercepat pembekuan darah.
Sebaik-baiknya buat sendiri pati ikan haruan kerana ia lebih selamat dan terjamin. Tidak sukar untuk membuat sendiri pati ikan haruan. Cara sederhana dan mudah boleh dilakukan sendiri di rumah. Caranya, rebus ikan haruan sehingga seluruh patinya keluar. Tos untuk mengasingkan pati dan minum seperti air. Bagi mengelakkan bau hanyir, tambahkan sedikit limau nipis atau halia di dalam rebusan.
Selain rebus dan dibuat sup, ikan haruan juga boleh dikukus. Elakkan menggoreng atau membakar ikan haruan bagi mengelakkan khasiat yang terdapat di dalamnya hilang. Tambahan, penggunaan minyak ketika menggoreng boleh meningkatkan kadar lemak pada ikan. Walhal, ikan ini merupakan ikan yang baik kerana kadar lemak dan kolesterolnya yang rendah.
from Kehamilan http://ift.tt/2n55PiT via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment